Pages

Thursday, February 17, 2011

18/2/2011 Pergi tak kembali..

Artikel ini telah ditulis sehari selepas tragedi

Assalamualaikum...semalam..17/2/2011...adalah merupakan hari yang amat menyedihkan kepada ahli keluarga dan rakan2 Tuan Mohd Shafik(pik ang),, setelah Allahyarham meninggal dunia akibat terbabit dalam kemalangan pagi semalam. Pik ang, sahabat baikku yang telah kuanggap seperti adik beradik aku sendiri telah pergi buat selama-lamanya. Aku nak cerita sikit kisah persahabatan aku dan arwah selama 7 tahun berkenalan.

Walaupun berada di sekolah menengah yang sama iaitu SMK Merchang, kami tidak pernah bertegur sapa kerana berlainan kelas. Perkenalan kami hanya bermula di Tanah Perkuburan Islam Batu Buruk,,apabila dia menziarahi datuknya yang meninggal dunia. Datuknya itu rupa-rupanya ialah pak sepupuku(sebelah ayah). Kami sebenarnya merupakan waris walaupun agak jauh. Setelah berpindah ke SM Teknik Dungun, telah ditakdirkan oleh Allah S.W.T, kami ditempatkan di dorm yang sama iaitu Kamar B5 malah dalam kelas yang sama iaitu kelas 4KM1. Disitulah, kami mula berkawan baik sehingga menjadi sahabat. Sebagai ketua kamar B5 dan 4KM1, aku sangat mengenali perangai arwah .Seorang yang baik,susah untuk meluahkan kemarahan, sangat mudah untuk memaafkan orang lain, tidak berkira, happening dan sangat menjaga hati rakan2nya. Persahabatan kami diteruskan apabila berada di kamar yang sama di Tingkatan 5 iaitu A3, walaupun bukan dalam kelas yang sama.Terlalu banyak kenangan bersama pik ang di SMTD yang sukar untuk ku tulis disini.

Setelah habis sekolah, persahabatan kami diteruskan kerana berada dalam satu kampung yang sama walaupun rumah kami agak jauh. Pergi buat lesen motor, pergi gunting rambut, pergi ke bandar, gi sekayu dan macam2 lagi. Pelbagai kenangan yang tidak pernah dilupakan.

Setelah keputusan SPM diumumkan, ditakdirkan Tuhan sekali lagi, kami berjaya mendapat tawaran di Politeknik yang sama iaitu politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin. Walaupun mengambil khusus yang berlainan, namun kami tetap berada di rumah sewa yang sama iaitu di Rumah sewa wan Husin di balai Besar dungun. Sebagai teman serumah, pelbagai masalah,suka duka dikongsi bersama. Pelbagai kejadian lucu,gurauan bersama arwah tak akan aku dan kawan2 serumah lupakan. Ketika berada di semester dua, kami berpindah di rumah sewa di Sura tengah. Kehidupan dirumah sewa menjanjikan banyak pengalaman suka duka dan hilai tawa. Banyak gurauan kadang2 terlebih kadangkala membuatkan hati kecilku agak terkilan. Lau boleh, ingin sekali mengucapkan maaf jika ada silap dan salah.

Kemesraan arwah pik ang dengan ramai orang menyebabkan arwah sangat disenangi dan disayangi oleh rakan-rakanya. Malah, arwah juga handal bermain futsal, bola sepak dan badminton menyebabkan dia begitu dikenali ramai.

Setelah setahun setengah menjadi rakan serumah, kami terpaksa berpisah kerana mengikuti latihan praktikal. Aku mendapat latihan praktikal di Chendering manakala arwah di Losong meyebabkan kami sukar untuk bertemu. Tapi kami agak kerap berjumpa di Kuala Terengganu, aku pernah tidow dirumah sewanya dan bermain futsal bersama.Kami juga pernah berkonvo motosikal bersama2 ke geliga,kemaman. Last sekali aku berjumpa dengannya ialah ketika aku, aizi dan arwah makan ABC dan kerepok bersama di pantai kelulut dua minggu lepas .Arwah beria2 mengajak aku temankannya untuk bermalam dirumah sewanya dan mengajak aizi bermalam dirumahnya, namun aku menolak dengan baik kerana ada urusan.

Arwah juga menjemput aku untuk menghadiri perkahwinan kakaknya, namun aku tidak hadir kerana bekerja. Pada hari selasa 15/2/2011.Arwah mengajak aku dan rakan2 untuk berkelah diSekayu, aku masih menyimpan mesejnya yang berbunyi "Nk g skayu dop esk.ajok awok2 ni"Pada malam itu..aku call arwah...tapi arwah berkata tidak tahu sama ada nak gi ke tidak...aik,,,aku pelik..mareng arwah beria2 mahu pergi...pahtu dop tahu sama ada nok pergi aker tidak.Mungkin arwah sudah merasakan saatnya untuk pergi sudah hampir tiba dan mahu bersama2 dengan keluarga.

Pada hari khamis..17/2/2011..aku mendapat berita yang amat mengejutkan apabila mengetahui arwah terlibat dengan kemalangan apabila terlanggar seekor kerbau di kampungku...Akhirnya persahabatan yang bermula di tanah perkuburan batu buruk juga berakhir di situ apabila arwah selamat disemadikan di Tanah perkuburan batu buruk selepas zohor 17.2.2011..Kenangan bersama arwah tidak akan aku dan rakan2 lupakan.Semoga roh Allahyarham Tuan Mohd syafik dirahmati Allah dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang soleh.Al-Fatihah....

Persahabatan yang sekejap,
ku rasa bagaikan seribu tahun,
tidak pernah puas,
ingin bersama semula,
mengharungi suka dan duka,
merempuh ranjau hidup.

maafkan jika terlanjur
bergurau,
bukan niat menyakiti,
bukan niat mengkianati,
hanya untuk merapatkan persahabatan,
hanya untuk melahirkan kemesraan.

Terima kasih,
Tidak terucap,
sifat ringan tulangmu,
sifat belas kasihan mu,
sifat sabar mu
sifat maafmu,
kekal abadi dalam ingatan.

Sahabatku,
Tuhan lebih menyayangimu,
kami redha,kami pasrah
Kau pergi dulu bertemu Sang Pencipta,
Kami akan menyusul kemudian.
Semoga rohmu bahagia,
DisiNya,Amin,,

kenangan bersama arwah..










1 comment: