Pages

Powered By Blogger

Monday, January 31, 2011

31/1/2011

Assalamualaikum......hurmm..bangun awal ckit ary nie....kene pergi amik Bad(rakan sekerje)....motor dyer rosak...agak jauh gak rumah dyer...tapi tak per r..mungkin hary nie hari dyer...len kali hari aku plak kan...smpat msej mat leh skping...."leh....aku gi amik bad jap"arap2 dyer bce...agak penink gak pda mlenyer cri umh bad...tpi last2 jmpe gak.ape da bad....xsiap lagi....urmm..da la lwat da nie.aku memcut motor laju...untuk ke kilang..ye la.takut tak sempat nak punchcard...akhirnya..5 minit sebelum jam 8..aku sampai ke kilang...

waa..ari nie ada taklimat daripada CEO syarikat...Haji Din..mesti kene beleber nie...taklimatnyer berkisar tentang misi syarikat untuk mencapai taraf ISO(international standard organisation)...so banyak lah perkara yang perlu dicapai..antaranya penyelarasan gaji mengikut certificate...displin pekerja..seperti kehadiran,mutu kerje,tidak mencuri tulang, dan keselamatan..bagi aku lah,..untuk kilang mencapai ISO dengan mudah...setiap pekerja perlu mencapai ISO yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T..ISO yang ditetapkan oleh ialah bertakwa kepada Allah yakni menyerah diri kepadaNya dengan melakukan apa yang disuruh...dan meninggalkan apa yang dilarang..InsyaAllah..jika semua pekerja mengamalkannya...pasti syarikat akan berjaya dan berkembang dengan pesat...kerana setiap tindakan yang dilakukan adalah penuh dengan kejujuran kerana terikat dengan konsep pahala dan dosa..

tugasan pertama aku ari nie...ialah memasang cermin bas...ari nie..rase semangat jer nak buat kerje...tak tahu la kenape...yang paling aku best ari nie ialah supervisor aku...en husin...bertanya kepadaku dan iskandar"mung lepas abis belajar nak kerje kat cini ker tidak??pantas aku menjawab"nak2...huhu..."kenape...minat ker kerje kat cini??tanya pok husin lagi "minat la jugak"jwab aku dengan selambe"gini...lepas mung abis belajor kekgi....mung cari la dulu..kerje kat len...sebab mung tak sesuai kerje sini...tapi lau macam tak ley sangat da kerje..baru mung mitok kat cini..aku ejas tak per"syarah husin panjang lebar..huhuhu...BERES!!!!

mase rehat...aku pergi ke pejabat..untuk berjumpe dengan S/U syarikat(cik linda)...bagi menyerahkan surat pengesahan kematian...dan mengisi borang kehadiran..."awak,,sebenarnya kalau cuti akibat kematian,,,awak boleh cuti selama 2 hari,,saya tak ingat nak bagi tahu semalam"dengan selamba kak linda bagitau aku"tak per..nak buat macam mane...da datang da""huhu(dalam hati...aduyai...selamber je xigat nak bagitau...lau tak...best dup umah ary nie...)huhuuhu

tepat pukul 5.15..adalah mase yang ditunggu2...mase untuk pulang ke rumah..huhuhu...hantar plak Bad ke rumahnye...aduyai!!sampai dirumah...sempat bermanje dengan anak sepupu...namenye adam darwish...best sangat2..macam anak sendiri lak..dalam hati berkata"ade bakat jgak aku jadi ayah..huhhuhuh'

selepas Isyak...pergi ke surau...untuk majlis tahlil...tenang jer hati dapat ke surau...
balik jer dari surau...terus mesij Nur Izaida Suraya binti Zaki Aminuddin...luv u...muaxxhh,,,huhuhuhu

gud night,..
Assalamualaikumm...

Sunday, January 30, 2011

30/1/2011

Assalamualaikum...husss...hari yang amat panjang....hari ini merupakan detik yang paling mendukacitakan buat ahli keluarga ABPNP..tok ki yang kami kasihi meninggal dunia tepat jam 2.30 pagi pada usia 107 tahun..Semua ahli keluarga besar kami bangun pada awal pagi itu untuk berada sisi jenazah bagi .Kesedihan melanda semua ahli keluarga kami terutamanya Ma(my mum), kerana Ma telah menjaga arwah selama setahun lebih ketika arwah sedang sakit.Pelbagai peristiwa suka dan duka ketika setahun arwah tinggal bersama kami tak kan kami lupakan.Sedih bila terkenangkan kembali pelbagai peristiwa yang lucu dan kadang2 hiba ketika bersama arwah.Tapi Allah lebih sayangkan arwah..pemergiannya bermakna tamatlah segala penderitaan yang dialaminya...akibat sakit tua yang agak teruk..semoga rohnya dicucuri Rahmat,,,,,Al-Fatihah,,

Terima kasih juga diucapkan kepada penduduk kampung yang bertungkus lumus bagi melancarkan proses pengkebumian arwah.Alhamdulillah..bersyukur ke hadrat Illahi kerana segalanya berjalan dengan lancar.Semangat gotong royong yang masih subur dalam kalangan penduduk adalah satu amalan yang amat mulia..semoga diteruskan..

Antara ingatan Tuan Iman,ustaz Ibrahim(ustaz Him) kepada para hadirin semasa bacaan talkin adalah supaya para hadirin mengambil pengajaran diatas kematian yang berlaku...dan membuat persedian menghadapi kematian...

Selasai sahaja majlis pengkebumian,,,,aku terlelap akibat terlalu letih.Jam 2.30 petang,,aku terjaga dari tidur...tiba2 aku terigat...kad atm bank Islam aku rosak..aduyai...terpaksalah aku pergi ke bandar kuala terengganu(kt).Jarak antara KT dengan rumah ku lebih kurang 60km...maknanya perjalanan aku mengambil mase lebih kurang 40 minit...selpas mandi dan bersiap..aku mengambil kunci motor...dan memanaskan enjin...mok su sempat berpesan...pergi try kat mesin atm kat bndr marang lu...maner tahu kad atm da elok ker...try ar kat mesin atm BSN ker..yang ade meps...

aku smpat menoleh jam...da pkul 3...bank ttup pkul 4.30,,mknenya aku masih ade mase kira-kira 1 jam setengah...sampai di marang..aku terus beratur menunggu giliran...aduyai ramainynyer orang..sampai jer giliran aku...terus masuk kad atm..tekan pasword...semua berjalan lncar..namun tiba2..kad anda tidak sah...sila cuba sebentar lagi...aduyai..sia2 saje..

aku cuba sekali lagi dekat msin atm yang lain...namun hasilnya pown sme...jdi terpaksalah aku ke bandar...jam menunjukkan pkol 3.30pm...msih ader lbih kurang satu jam lgi...aku terus memecut laju motor..mencelah diantara kereta...alamak jem bangat c bndar kuala terengganu..macam nie ker bandaraya..ish3...nasib bek aku bawak motor...huhuhu

Sampai jer kat bank Islam...aku terus meluru masuk...aku bertanya kat kaunter pertnyaan..kak...lau nak tukar kad rosak macam maner..."adik pergi dekat kaunter 8 yer....."eaa..thanz kak."..aduyai..kena beratur lagi...sabor je la..

smpai giliran aku...kerani pown...periksa kad atm aku..'dengan selamba jer kerani tu berkata"dik...kad atm adik nie elok lagi...mungkin adik salah letak pasword kot'haa!!macam maner salah letak pasword lak...tak mungkin lah...aduyai!!

tampa membuang mase...aku terus ke mesin atm disebelah bank itu...aduyai...kene beratur lagi...hussss....mesin atm 1...selepas masuk kad...tiba2 mesin itu tendang kad keluar...ape bodoh punyer mesin...aku try mesin kedua....kene beratur lagi..aduyai....namun keputusannya same.."aku bt keputusan...nak pergi semula dekat kerani tdi...tiba2 aku terlihat sebuah mesin atm yang agak buruk...ini saje peluang terkahir....tak disangka2....akhirnya misi aku berjaya..duit aku berjya dikeluarkan...husssss...banyak betol karenah kad atm nie...kad cap ayam!!!sumpah ku dalam hati!!





Saturday, January 29, 2011

29/1/2011

ari ini...terpaksa berkerja...kerana minggu ini adalah minggu ke-5...kilang tempat aku kerja sebenarnya cuti pada hari sabtu..kecuali minggu ke-2,ke-4 dan ke-5...so terpaksa aku berkerja hari ini...walaupun sebenarnya malas nak pergi kerja ari ni...dah la tokki aku sedang sakit tenat...pastu hujan plak tu...urmm..tapi tak pe lah...aku kuatkan semangat jugak untuk pergi.
Tapi hari nie best gak lah...walaupun pagi2 dah kene syarahan dari supervisor(seme pekerje kene,bukan aku sorang)...tapi takpe...sebab ari nie...visor aku...pok husin...begitu baik ngan aku..huhuhu...dan yang paling penting dapat 5 inggit koz tolong siapkan projek dia..yess...maklumlah dah pokai nie...nak ambik duit da tak ley...koz mesin atm rosak....nasib dapat pinjam duit ngan sister..siap mintak suh dyer topup agi rm1..huhu

keadaan tok ki aku da semakin teruk...da 3 ari tak makan dan tak minum....kami hanya mampu berserah...keadaan rumahku mula dipenuhi dengan sedara mara yang mula tiba dari jauh....ada yang tak tidow..aku berharap tokki ku yang berusia 107 tahun akan selamat..hanya itu doaku..

esok...adakah aku mahu pergi kerje???tengok keadaan...lau rase malas...dan keadaan tokki ku semakain teruk...mungkin aku kan cuti....InsyaAllah...tengoklah macam mane..

kepada Nur Imielda Suraya bt zaki Aminuddin....I;m sory...........

gud night!!!


from now!

start pada hari nie....aku nak jadikan blog aku nie sebagai diari harianku...
aku akan cuba update my blog every day....kerana diary ini mungkin boleh ku jadikan kenangan pada masa akan datang....juga semoga dapat aku kongsikan suka duka hidupku...bersama orang lain....InsyaAllah..

Sunday, January 2, 2011

Erti Sebuah Kemodenan

Pada malam 31 Disember 2011 baru2 ini, aku sempat turun ke Kuala Terengganu untuk meninjau suasana malam tahun baru di ibu negeri Terengganu 'Darul Iman' itu. Aku begitu teruja untuk melihat gelagat warga Kuala Terengganu, sebuah bandar yang baru dinaiktaraf sebagai sebuah bandaraya.Kemodenan yang dikecapi oleh Kuala Terengganu begitu pesat dan amat membanggakan rakyat Terengganu.Bandar yang terkenal dengan kelahiran dua tokoh ulama yang terkenal diseantero nusantara iaitu Tok Ku Paloh dan Tok Sheikh Duyong kini sudah berubah wajah.Kuala Terengganu yang pernah digelar 'Kota Tidur' kini sentiasa 'hidup' dengan pelbagai program hiburan, dan aktiviti manusia setaraf dengan bandaraya maju yang lain.Namun satu persoalan yang bermain dalam fikiran aku, apakah erti kemodenan..

Seusai malam menjelang, sekitar jam 9 malam, aku melihat segerombalan anak2 muda bermotosikal(mat rempit) entah dari mana beramai2 masuk ke bandar untuk menuju ke satu dentinasi. Aku pun mengikut dibelakang mereka untuk melihat kemana arah tuju mereka. Dari belakang, aku melihat terdapat gadis2 berpakaian seksi dan mencolok mata membonceng motosikal teman lelaki masing2.Mungkin, bagi sesetengah orang ini adalah pemandangan yang biasa dilihat.Namun bagi aku, gadis2 ini seperti sudah hilang maruah dan perasaan malu.Apa yang menjadi tanda tanya dimanakah ibu bapa mereka, sanggup membiarkan anak2 gadis mereka keluar dengan jantan2 ini pada waktu malam.Adakah mereka lebih rela mencari lembu-lembu mereka yang hilang dan tidak balik ke kandang daripada mencari anak-anak mereka.Adakah harga lembu lebih tinggi daripada harga diri anak2 gadis mereka sendiri.Kenapakah masyarakat yang terkenal dengan adat ketimuran dan adat sopan tidak menegur bangsa seagama mereka.Apakah punca hilangnya perasaan malu dalam kalangan anak muda kita?ataupun adakah ini erti sebuah kemodenan?

Motosikalku terus meluru menjejaki destinasi kemana destinasi pasangan muda-mudi ini untuk dituju.Sakitar jam 11 malam, aku sampai di Pantai Batu Buruk.Aku melihat begitu ramai manusia berada di pantai peranginan itu, kebanyakannya golongan-golongan remaja.Rupa-rupanya terdapat satu konsert nyanyian yang diadakan di dataran pantai batu buruk.Aku melihat seorang gadis genit(mungkin orang tempatan) sedang membuat persembahan.Terdapat sebuah khemah yang didirikan untuk keperluan orang ramai.Terdapat juga anggota-anggota polis yang menjaga keselamatan pengunjung.Persoalan yang bermain2 dimindaku, apakah sebenarnya motif kerajaan negeri menganjurkan konsert-konsert seperti ini?adakah ini erti kemodenan?

Aku terus menuju ke dataran shahbandar..5 minit sebelum jam menunjukan angka 12 malam,aku tiba di destinasi.Fuhh...meriahnya suasana.Sama seperti di pantai batu buruk, beratus-ratus manusia berkumpul.Tepat jam 12 am, beberapa das bunga api ditembak keudara.Dikatakan harga sedas bunga api bernilai lebih daripada rm3000 ringgit.Apabila bunga api ditembak,dan meletup diudara, orang ramai bersorak.Bersorak melihat wang mereka hangus begitu sahaja diudara.Rm3000,sama dengan 2 atau 3 bulan gaji mereka bagi kebanyakan anak muda yang berkerja di kilang.Namun, demi hiburan dan kemodenan mereka sanggup melihat wang mereka lebur diudara.Adakah ini erti kemodenan?

Selepas jam 12.o0 mlam, aku melihat kebanyakan mat-mat rempit secara tiba-tiba menghidupkan motosikal masing2 dan bergerak menuju ke satu dentinasi.Malalui percakapan daripada seorang mat rempit disitu, mereka dikatakan akan bergerak ke durian burung untuk menyertai pelumbaan disitu.Masalah mat rempit kian parah diTerengganu, negeri yang dikatakan mempunyai jumlah mat rempit yang paling ramai. Kerajaan negeri terengganu baru-baru ini telah mengadakan satu himpunan 30,000 mat rempit di gong badak negeri terengganu.Objektif perhimpunan ini, adalah untuk mengajak mat rempit berubah dan kembali kepangkal jalan.Tapi, yang lawaknya,program yang dihadiri oleh DS Najib itu dipenuhi dengan acara-acara hiburan sehingga lewat malam.Yang lebih teruk lagi, ada diantara mereka membawa awek2 mereka untuk menyertai himpunan itu.Difahamkan juga, kebanyakan mereka tidak pulang kerumah pada malam itu sehingga ke keesokkan harinya.Apakah manfaat program ini.Tidak lain tidak bukan,hanya terus menyebabkan anak2 muda hanyut dan terus hanyut dengan dunia hiburan mereka.Apakah ini erti kemodenan?

Malam semakin larut.Namun masih tidak nampak tanda pesta hiburan muda mudi akan berakhir.Pasangan lelaki dan perempuan berkereta dan bermotosikal terus asyik dengan keseronokan syurga dunia.Andainya, tok ku paloh dan sheikh duyong dihidupka oleh Allah S.W.T Taala untuk melihat dengan mata mereka sendiri keadaan masyarakat negeri darul iman ini,pasti mereka akan diserang penyakit jantung.Namun ini bukan zaman mereka.Kerana negeri Terengganu sudah maju dan moden.Mungkin inilah erti sebuah kemodenan...





SYURGA ATAU NERAKA




RASULULLAH S.A.W BERSABDA YANG BERMAKSUD:

Ahli Syurga itu ada 3 golongan:

1)Orang yang mempunyai kekuasaan hukum yang adil dan selalu bersedekah kepada fakir miskin,selalu taat kepada Allah S.A.W.

2)Seorang yang hatinya lembut dan penuh kasih sayang terhadap sanak dan saudara dan

3)Orang miskin yang selalu menahan dirinya dari hal-hal yang haram,memunyai keluarga,tapi cintanya terhadap keluarga tidak mendorong untuk berbuat yang haram.

Dan ahli neraka:

1)Orang yang selalu berkhianat dengan terang-terangan,dia mempunyai keinginan(tamak)walaupun kecil,ia selalu kianat.

2)Laki-laki yang pagi dan petang selalu menipumu,hartamu dan keluarga mu..

3)Nabi menyebut kikir,yakni orang yang kikir dan pembohong, orang yang buruk kelakuannya dan selalu membuat keji dalam pembuatannya mahupun perkataanya..