Pages

Powered By Blogger

Sunday, January 2, 2011

Erti Sebuah Kemodenan

Pada malam 31 Disember 2011 baru2 ini, aku sempat turun ke Kuala Terengganu untuk meninjau suasana malam tahun baru di ibu negeri Terengganu 'Darul Iman' itu. Aku begitu teruja untuk melihat gelagat warga Kuala Terengganu, sebuah bandar yang baru dinaiktaraf sebagai sebuah bandaraya.Kemodenan yang dikecapi oleh Kuala Terengganu begitu pesat dan amat membanggakan rakyat Terengganu.Bandar yang terkenal dengan kelahiran dua tokoh ulama yang terkenal diseantero nusantara iaitu Tok Ku Paloh dan Tok Sheikh Duyong kini sudah berubah wajah.Kuala Terengganu yang pernah digelar 'Kota Tidur' kini sentiasa 'hidup' dengan pelbagai program hiburan, dan aktiviti manusia setaraf dengan bandaraya maju yang lain.Namun satu persoalan yang bermain dalam fikiran aku, apakah erti kemodenan..

Seusai malam menjelang, sekitar jam 9 malam, aku melihat segerombalan anak2 muda bermotosikal(mat rempit) entah dari mana beramai2 masuk ke bandar untuk menuju ke satu dentinasi. Aku pun mengikut dibelakang mereka untuk melihat kemana arah tuju mereka. Dari belakang, aku melihat terdapat gadis2 berpakaian seksi dan mencolok mata membonceng motosikal teman lelaki masing2.Mungkin, bagi sesetengah orang ini adalah pemandangan yang biasa dilihat.Namun bagi aku, gadis2 ini seperti sudah hilang maruah dan perasaan malu.Apa yang menjadi tanda tanya dimanakah ibu bapa mereka, sanggup membiarkan anak2 gadis mereka keluar dengan jantan2 ini pada waktu malam.Adakah mereka lebih rela mencari lembu-lembu mereka yang hilang dan tidak balik ke kandang daripada mencari anak-anak mereka.Adakah harga lembu lebih tinggi daripada harga diri anak2 gadis mereka sendiri.Kenapakah masyarakat yang terkenal dengan adat ketimuran dan adat sopan tidak menegur bangsa seagama mereka.Apakah punca hilangnya perasaan malu dalam kalangan anak muda kita?ataupun adakah ini erti sebuah kemodenan?

Motosikalku terus meluru menjejaki destinasi kemana destinasi pasangan muda-mudi ini untuk dituju.Sakitar jam 11 malam, aku sampai di Pantai Batu Buruk.Aku melihat begitu ramai manusia berada di pantai peranginan itu, kebanyakannya golongan-golongan remaja.Rupa-rupanya terdapat satu konsert nyanyian yang diadakan di dataran pantai batu buruk.Aku melihat seorang gadis genit(mungkin orang tempatan) sedang membuat persembahan.Terdapat sebuah khemah yang didirikan untuk keperluan orang ramai.Terdapat juga anggota-anggota polis yang menjaga keselamatan pengunjung.Persoalan yang bermain2 dimindaku, apakah sebenarnya motif kerajaan negeri menganjurkan konsert-konsert seperti ini?adakah ini erti kemodenan?

Aku terus menuju ke dataran shahbandar..5 minit sebelum jam menunjukan angka 12 malam,aku tiba di destinasi.Fuhh...meriahnya suasana.Sama seperti di pantai batu buruk, beratus-ratus manusia berkumpul.Tepat jam 12 am, beberapa das bunga api ditembak keudara.Dikatakan harga sedas bunga api bernilai lebih daripada rm3000 ringgit.Apabila bunga api ditembak,dan meletup diudara, orang ramai bersorak.Bersorak melihat wang mereka hangus begitu sahaja diudara.Rm3000,sama dengan 2 atau 3 bulan gaji mereka bagi kebanyakan anak muda yang berkerja di kilang.Namun, demi hiburan dan kemodenan mereka sanggup melihat wang mereka lebur diudara.Adakah ini erti kemodenan?

Selepas jam 12.o0 mlam, aku melihat kebanyakan mat-mat rempit secara tiba-tiba menghidupkan motosikal masing2 dan bergerak menuju ke satu dentinasi.Malalui percakapan daripada seorang mat rempit disitu, mereka dikatakan akan bergerak ke durian burung untuk menyertai pelumbaan disitu.Masalah mat rempit kian parah diTerengganu, negeri yang dikatakan mempunyai jumlah mat rempit yang paling ramai. Kerajaan negeri terengganu baru-baru ini telah mengadakan satu himpunan 30,000 mat rempit di gong badak negeri terengganu.Objektif perhimpunan ini, adalah untuk mengajak mat rempit berubah dan kembali kepangkal jalan.Tapi, yang lawaknya,program yang dihadiri oleh DS Najib itu dipenuhi dengan acara-acara hiburan sehingga lewat malam.Yang lebih teruk lagi, ada diantara mereka membawa awek2 mereka untuk menyertai himpunan itu.Difahamkan juga, kebanyakan mereka tidak pulang kerumah pada malam itu sehingga ke keesokkan harinya.Apakah manfaat program ini.Tidak lain tidak bukan,hanya terus menyebabkan anak2 muda hanyut dan terus hanyut dengan dunia hiburan mereka.Apakah ini erti kemodenan?

Malam semakin larut.Namun masih tidak nampak tanda pesta hiburan muda mudi akan berakhir.Pasangan lelaki dan perempuan berkereta dan bermotosikal terus asyik dengan keseronokan syurga dunia.Andainya, tok ku paloh dan sheikh duyong dihidupka oleh Allah S.W.T Taala untuk melihat dengan mata mereka sendiri keadaan masyarakat negeri darul iman ini,pasti mereka akan diserang penyakit jantung.Namun ini bukan zaman mereka.Kerana negeri Terengganu sudah maju dan moden.Mungkin inilah erti sebuah kemodenan...





No comments:

Post a Comment