Pages

Powered By Blogger

Saturday, February 26, 2011

26/2/2011-couple tak ape?



Kalau berpacaran memang banyak pantang larang
Menjaga susila ibu bapa adik abang
Apabila berdua carilah tempat yang terang
Agar tidak pula mencoba aksi terlarang

Boleh pandang-pandang
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang
Biar malu-malu
Biar segan-segan
Kerna malu itu perisai orang beriman

Assalamualaikum.......hurmmm...hary nie...ary sabtu...minggu ke 4..dan bermakna hari nie aku bekerja...husss....malas nyer...

tapi nak ke tak nak...mesty kena gi jugak...ary tu da kene warning ley cik Linda..company punyer secretary...sbb da ponteng sary..huahuahua...tapi kadang2 rasa macam tak berbaloi la plak...aku nie praktikal jer...hurmmm...tak pe lah...demi menimba ilmu dan pengalaman...

sampai jer kat kilang....ada assembly..taklimat daripada safety officer company...macam2 dia cakap...terutama bab kebersihan..dia suruh amal prinsip 5S(sapu,sisih,susun,seragam,sentiasa amal),,,hurmm...sikit nyer workers mai hary nie...kenape erk???oww..baru aku egt...ramai amik cuty ary nie...pasal nak gi JOM heboh....aduyai..

Nak ulas sikit pasal tajuk entry hari ni...dan pasal lirik lagu nyanyian suhaimi mior hassan, ana raffali dan altimet..aku ada dengar Ustaz Azhar idrus...bagi kuliah ari tu...ustaz kata...lau nak bercouple bley..tapi kene jaga batas dan syariat..yakni...jangan berdua-duaan,,,jangan berpegang-pegangan...dan perlu menjaga adat mukhrim dengan bukan mukhrim..dan yang penting matlamat bercouple tu ialah untuk berkahwin..kadang2..kalau kita bercouple nie...akan menjadikan kita lebih bermotivasi dan berkeyakinan..bab kata Pakar motivasi...Dr HM Tuah Iskandar,,,Mereka yang diulit cinta akan merasakan usianya seperti tidak pernah berganjak pergi, dengan itu dia akan terus bertenaga dan ceria menjalani hidup, biarpun kadang-kadang ditampan derita.

Kadang2...ada orang apabila bercouple...mereka rasa lebih bertanggungjawab dan lebih dewasa...tak tinggal solat,,,menjaga perlakuan...stdy bersungguh2...berkerja bersungguh2...dan kebaikannya lagi...tapi yang penting...kita kena pandai bawa diri...jangan kerana cinta hidup merana....jangan kerana cinta lupa segala-galanya....jangan kerana cinta buang keluarga...jangan kerana cinta jadi buta...jangan kerana cinta sengsara...so cintalah sesorang kerana Allah...semoga anda selamat dunia akhirat....

Sekian,Assalamualikum...






Friday, February 25, 2011

25/2/2011--bila diri disayangi


Bila ku sedari
Diri disayangi
langkah kaki ini
Semakin berani

Bila terkeliru
Kuucap namaMu
terasa diriku
kembali dipandu

Engkau yang pertama
Tiada akhirnya
Aku dalam kegelapan
Engkaulah cahaya

izinkanlah aku
menumpang disini
dibawah naungan
Kasih dan sayangMu
kuberserah diri..

Assalamualaikum...hurmm...lamenya tak update blog...tak der mase+malas..hak2...hurmm
hary nie...nak citer pasal bait-bait lagu diatas nie...lagu nyanyian kumpulan Uk's...ape yang best sangat pasal lagu nie erk...selain daripada melodi nyer yang best...liriknya juga mempunyai makna yang sangat mendalam...

lirik lagu bila diri disayangi ini...membuatkan haty orang yang mendengarnya lebih dekat dengan penciptanya..dan percayalah keyakinan yang tinggi kepada pencipta akan membuatkan kita akan merasa lebih yakin untuk menghadapi hari-hari mendatang.Jika mempunyai masalah, tempat mengadu yang paling utama adalah kepadaNya..InsyaAllah..masalah kita akan selesai....tapi dengan syarat..patuhi suruhannya dan jauhi larangannya...bila diri kita disayangi...akan mudah segala urusan kita...kita juga akan mengangap...semua dugaan dan cabaran adalah ujian daripada Allah dan sebagai tanda sayang Allah kepada kita..

itulah kehidupan..ada pahit dan manisnya...tak seme kekal lame...seme ada suratan takdirnya...bagaimana untuk mengubah takdir....dengan doa dan usaha...InsyaAllah kita akan menajadi insan yang cemerlang didunia dan akhirat..

Di terengganu sekarang nie..heboh pasal Jom heboh...seme bercerita tentang tu..dengar cerita..sek2 perkerja dekat kilang aku esok nak amik cuty esok pasal nak bt heboh kat jom heboh..hurmm..bagi aku...jom heboh tak salah..sebab memang Islam menggalakan bisnes..tapi perlukah konsert yang biasaya diadakan pada malam terakhir...kerana artis2 yang ditonjolkan berpakaian mencolok mata...selain daripada pencampuran antara lelaki dan perempuan??nasihat aku contohi jom heboh kelante...

bak kata ustaz Azhar idrus...nak men bola@futsal tak salah,,,,tapi biar tutup aurat...nak menyanyi boleh...tapi biar lirik yang bek..tiada pencampuran lelaky dan perempuan..nak merempit boleh...tapi jangan tinggal solat...jangan buat susah orang len...kerana kehidupan ini mesty ikut peraturan...dan pencipta kita telah tetapkan peraturan..jika peraturan dilanggar maka rosaklah manusia....misalnya,,,jika kita beli kereta...mesty kita kan dapat manual daripda syarikat yang keluar kenderaan tu...jika kita tidak ikut manual yang ditetapkan..maka xakan tahan lamelah kereta tu..

oklah..smpi disini sajelah untuk ary nie...papai...Assalamualaikum..




Thursday, February 17, 2011

18/2/2011 Pergi tak kembali..

Artikel ini telah ditulis sehari selepas tragedi

Assalamualaikum...semalam..17/2/2011...adalah merupakan hari yang amat menyedihkan kepada ahli keluarga dan rakan2 Tuan Mohd Shafik(pik ang),, setelah Allahyarham meninggal dunia akibat terbabit dalam kemalangan pagi semalam. Pik ang, sahabat baikku yang telah kuanggap seperti adik beradik aku sendiri telah pergi buat selama-lamanya. Aku nak cerita sikit kisah persahabatan aku dan arwah selama 7 tahun berkenalan.

Walaupun berada di sekolah menengah yang sama iaitu SMK Merchang, kami tidak pernah bertegur sapa kerana berlainan kelas. Perkenalan kami hanya bermula di Tanah Perkuburan Islam Batu Buruk,,apabila dia menziarahi datuknya yang meninggal dunia. Datuknya itu rupa-rupanya ialah pak sepupuku(sebelah ayah). Kami sebenarnya merupakan waris walaupun agak jauh. Setelah berpindah ke SM Teknik Dungun, telah ditakdirkan oleh Allah S.W.T, kami ditempatkan di dorm yang sama iaitu Kamar B5 malah dalam kelas yang sama iaitu kelas 4KM1. Disitulah, kami mula berkawan baik sehingga menjadi sahabat. Sebagai ketua kamar B5 dan 4KM1, aku sangat mengenali perangai arwah .Seorang yang baik,susah untuk meluahkan kemarahan, sangat mudah untuk memaafkan orang lain, tidak berkira, happening dan sangat menjaga hati rakan2nya. Persahabatan kami diteruskan apabila berada di kamar yang sama di Tingkatan 5 iaitu A3, walaupun bukan dalam kelas yang sama.Terlalu banyak kenangan bersama pik ang di SMTD yang sukar untuk ku tulis disini.

Setelah habis sekolah, persahabatan kami diteruskan kerana berada dalam satu kampung yang sama walaupun rumah kami agak jauh. Pergi buat lesen motor, pergi gunting rambut, pergi ke bandar, gi sekayu dan macam2 lagi. Pelbagai kenangan yang tidak pernah dilupakan.

Setelah keputusan SPM diumumkan, ditakdirkan Tuhan sekali lagi, kami berjaya mendapat tawaran di Politeknik yang sama iaitu politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin. Walaupun mengambil khusus yang berlainan, namun kami tetap berada di rumah sewa yang sama iaitu di Rumah sewa wan Husin di balai Besar dungun. Sebagai teman serumah, pelbagai masalah,suka duka dikongsi bersama. Pelbagai kejadian lucu,gurauan bersama arwah tak akan aku dan kawan2 serumah lupakan. Ketika berada di semester dua, kami berpindah di rumah sewa di Sura tengah. Kehidupan dirumah sewa menjanjikan banyak pengalaman suka duka dan hilai tawa. Banyak gurauan kadang2 terlebih kadangkala membuatkan hati kecilku agak terkilan. Lau boleh, ingin sekali mengucapkan maaf jika ada silap dan salah.

Kemesraan arwah pik ang dengan ramai orang menyebabkan arwah sangat disenangi dan disayangi oleh rakan-rakanya. Malah, arwah juga handal bermain futsal, bola sepak dan badminton menyebabkan dia begitu dikenali ramai.

Setelah setahun setengah menjadi rakan serumah, kami terpaksa berpisah kerana mengikuti latihan praktikal. Aku mendapat latihan praktikal di Chendering manakala arwah di Losong meyebabkan kami sukar untuk bertemu. Tapi kami agak kerap berjumpa di Kuala Terengganu, aku pernah tidow dirumah sewanya dan bermain futsal bersama.Kami juga pernah berkonvo motosikal bersama2 ke geliga,kemaman. Last sekali aku berjumpa dengannya ialah ketika aku, aizi dan arwah makan ABC dan kerepok bersama di pantai kelulut dua minggu lepas .Arwah beria2 mengajak aku temankannya untuk bermalam dirumah sewanya dan mengajak aizi bermalam dirumahnya, namun aku menolak dengan baik kerana ada urusan.

Arwah juga menjemput aku untuk menghadiri perkahwinan kakaknya, namun aku tidak hadir kerana bekerja. Pada hari selasa 15/2/2011.Arwah mengajak aku dan rakan2 untuk berkelah diSekayu, aku masih menyimpan mesejnya yang berbunyi "Nk g skayu dop esk.ajok awok2 ni"Pada malam itu..aku call arwah...tapi arwah berkata tidak tahu sama ada nak gi ke tidak...aik,,,aku pelik..mareng arwah beria2 mahu pergi...pahtu dop tahu sama ada nok pergi aker tidak.Mungkin arwah sudah merasakan saatnya untuk pergi sudah hampir tiba dan mahu bersama2 dengan keluarga.

Pada hari khamis..17/2/2011..aku mendapat berita yang amat mengejutkan apabila mengetahui arwah terlibat dengan kemalangan apabila terlanggar seekor kerbau di kampungku...Akhirnya persahabatan yang bermula di tanah perkuburan batu buruk juga berakhir di situ apabila arwah selamat disemadikan di Tanah perkuburan batu buruk selepas zohor 17.2.2011..Kenangan bersama arwah tidak akan aku dan rakan2 lupakan.Semoga roh Allahyarham Tuan Mohd syafik dirahmati Allah dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang soleh.Al-Fatihah....

Persahabatan yang sekejap,
ku rasa bagaikan seribu tahun,
tidak pernah puas,
ingin bersama semula,
mengharungi suka dan duka,
merempuh ranjau hidup.

maafkan jika terlanjur
bergurau,
bukan niat menyakiti,
bukan niat mengkianati,
hanya untuk merapatkan persahabatan,
hanya untuk melahirkan kemesraan.

Terima kasih,
Tidak terucap,
sifat ringan tulangmu,
sifat belas kasihan mu,
sifat sabar mu
sifat maafmu,
kekal abadi dalam ingatan.

Sahabatku,
Tuhan lebih menyayangimu,
kami redha,kami pasrah
Kau pergi dulu bertemu Sang Pencipta,
Kami akan menyusul kemudian.
Semoga rohmu bahagia,
DisiNya,Amin,,

kenangan bersama arwah..










Saturday, February 12, 2011

Assalamualaikum...seperti biasa...hari ini...aku berkerja...adui....perasaa malas mula melanda...susah tOl aku nak bangun,,,,mujurlah...elya kejutkan....lau tidak....urmmm.thnz elya...hu

Hari ini...aku ingin menceritakan kisah yang berlaku di kilang tadi....urmmm...ada seorang pekerja nie....memang agak pemalaz orangnya..selalu curi tulang....namanya jo(bukan nama sebenar)urmmm....begitulah selalunya orag melayu..susah sangatt nak ubah perangai...kenapa tak meniru cara kerja orag jepun..yang bekerja secara komited untuk memajukan negaraya....urmm...orang melayu kene berubah sekarang..untuk menjadi sebuah bangsa hebat...hanya kaum tersebut sahalah yang berjaya mengubah nasib kaumnya sendiri...nak dijadikan citer...si jo nie masuk kerja lewat selepas rehat tengah hari..dan perbuatannya berjaya dihidu oleh supervisor...apbila supervisor tanya kenapa dia buat macam tu....dia bukan sahaja tak mengaku salah,,,tetapi dyer plak yang buruk2kan nama kawan dia sendiri untuk melepaskan diri...aduyai!ada jugak orag macam dia,,,urmmmm

malm tadi aku pergi kenduri kesyukuran kat rumah datuk zainal sharif, majikan my father...waa besar giler rumah dyer...fuh...macam istana...lorh...segan rase nak makan..hehe...tapi buat tak tau je lah...hahha..tapi ada ke patut...masa nak basuh tangan nak buke paip singki tak padai...pelik sangat ekpown paip dyer..hahahahaha...malu!

okelah....sampai disini saja untuk hari nie....huhuhu..entah ape aper!!(tiru ayat elya...ahahhak)

Friday, February 11, 2011

11/2/2011-konvo ARC-Himpit



Assalamualaikum....sebelum memulakan bicara..,,nak mintak maaf lu..becoz tak post enty semalam...huhuhu...memang nak post..tapi tertitow depan laptop...hik2...sory,...mesty korang tertunggu-tunggu kan..hahahk...(eleshh,,,belagak lorh,,,,macam entry dyer best ngat,,,,hahahak)...ok la...per2 pown thanz kat u all kerana sudy membaca entry saya nie..hik2

hary nie...aku nak citer pasal my hobby iaitu....ride the bike..
.hik2...hary nie...aku mengikuti konvo ARC mengiringi Dato' Seri Abdul Hadi Awang(Presiden Parti Islam Semalaysia) sempena HIMPIT(Himpunan Pemuda Islam Terengganu)...himpunan yang membangkitkan semangat golngan muda untuk bangkit menentang penyelewengan dan ketirisan yang berlaku dalam kerajaan...

urmm..kenapa orang muda perlu berpolitik??kadang2 ada orang berfikiran
pendek berkata"arhh...buat ape nak sibuk2 pasal politik....bukannya dapat ape pown""susah la lau ko lawan kerajaan,,nanti ko tak kan dapt bantuan""urmm..disini aku nak bagitau kat korang...tahukah korang..yang duit kerajaan bermakna duit kita..iaitu duit rakyat...tahukah anda..duit yang digunakan pemimpin2 kerajaan untuk membina istana2 mereka,,,untuk membeli berpuluh2 buah kereta...untuk bershopping ke luar negara...adalh duit hasil titik peluh kita...duit itu adalah hasil daripda cukai tanah,cukai pintu,saman tr
afik,saman bandaran,tol,duit petroleum,duit hasil bumi(dianugerahkan Allah kepada rakyat malaysia,bkan dikaut oleh sesetengah mereka,cukai daripada setiap sen barangan yang dibeli,duti import..seme adalah hak milik Kita...so bayangkan...bagaimana nasib ge
nerasi aka datang jika kerajaan membazir sebegitu banyak khazanh negara untuk hidup mewah,pelbagai jenis penyelewengan dan rasuah..sedangkan ramai rakyat hidup dalam kemiskinan,,sehingga ada yag hendak makan dan menghantar anak ke sekolah pon susah..bagaimanakah nasib kita dan generasi kita pada masa aka datang??

so golongan muda perlu bangkit dengan penuh kesedaran untu
k menyelamatkan negara kita...InsyaAllah...hurmm...banyak betol membebel ari nie...bukanya apa..geram sangat kat kerajaan..membazir banyak sangat..bayangkan diorang berhabis berbilon2 ringgit untuk menganjurkan moonsun cup dan F1 dalam masa yag sama anak jiran aku nak gi sekolah pown terpaksa meminjam nak bayar yuran sekolah..tu tak termasuk dengan penyelewengan dan rasuah lagi..urmm...apadaaaaaaaaaa.........

nak tengok gambar tak??ni gambar nyer,..opss...jap2...sebelum tu
nak mintak maaf kat elya suraya...soryyy eaa....bukan sengaja....tak kan nak mesej atas mutor lak..eksiden kan...hik2..ok..


malas dh nak upload gambar banyak2...urmm...lau nak tengok lagi...bukak kat my fb jela..


Wednesday, February 9, 2011

9/2/2011-anak perempuan!


Assalamualaikum...huss...hary nie...malas nyer nak bangun pagi...demam ekpown....urmm..rase malas nak pergi kerje..tapi ari tu baru je ponteng...tak pe lah...pergi jelah kerje...huss...makan ubat KK(klinik kesihatan)...atau pown paracetamol 2 bijik....pahtu breakfast....dan terus gi kerja..

hurmm...hary nie best...sebab dapat kerje bawah supervisor...en zul...huhu...rase macam dihargai jer...tak rase da macam budak praktikal...suke2...nie rase nak kerje sokmo ea hari2..hahahk...elaun bley esok kot...yess..huhu

pepatah ada mengatakan...jaga sekandang lembu lebih senang dari jaga seorang anak perempuan...pepatah itu sangat tepat hendak mengambarkan bagaimana beratnya masalah Che Ma(bukn nama sbenar)..untuk menjaga seorang anak perempuannya setelah kematian ayahnya...dan kedua-dua abangnya berada kat luar negara..entah di mana silapnya...anak bongsu dalam keluarga yang mesra dipanggil Ji(bukan nama sebenar) seperti sudah menconteng arang dimuka ibunya. Misteri kehilangan dia pada setiap malam akhirnya terjawab apabila dia dikatakan keluar bertemu dengan seorang lelaki...urmmm..setiap hari, setiap malam keluar...perangainya yang semakin menjadi2 itu benar-benar merunsingkan ibunya itu...namun nasihat ibunya tidak diendahkan lansung...ji dikatakan berhabis duit yang dibri ibunya..hanya untuk membeli top up..urmm....sedangkan keluarganya bukan dari golongan senang dan nak bayar yuran sekolah pun terpaksa meminjam.....tidakkah ji tidak kasihankn ibunya...ataupun tidak ingat akan arwah ayahnya yang sangat menyayanginya...namun Ji juga tidak boleh dipersalahkan...kerana umurnya masih mentah(16 tahun)...mungkin segala kesusahan seperti masalah kemiskinan dan kehilangan ayah tersayang menhimpit kehidupanya...menyebabkan Ji memerlukan seseorang untuk meluahkan perasaan...dan mungkin secebis kasih sayang dari insan bernama lelaki...namun tindakan keluar setiap malam..dan balik lewat malam...mengambarkan bahawa lelaki itu bukan orang yang betol untuk membimbing Ji...oleh itu...seseorang seperti bapa saudara,sepupu,kawan wanita atau sesiapa sahaja sangat diperlukan sebagai pembimbing...urmmmmmmm....

nape tiba2 aku bercerita perihal ni..sebab kisah nie..sebenarnya ada kaitan dengan sedara2 aku..siapa?tidak penting...yang penting..aku nak beri nasihat sikit kepada dak2 perempuan kat luar tu...jagalah diri,keluarga,bangsa dan agama anda...jangan nak menyesal kemudian hari...janganlah masa nasik da jdi bubur baru nak menyesal...tiada gunanya...


kenapa emo sangat ary nie ea...hak2...ok la...thaz to u all..

kepada nur izaida suraya bt zaki aminuddin....take care ur self!!lub u...

salam..nytez...


Tuesday, February 8, 2011

9/2/2011-Demam

Assalamualaikum.....huss...ary ni aku demam...sok tak tahu ley tak gi kerje....tapi da makan ubat...insyaAllah..sok ley gi kerje kot...tapi...urmm...memang xlarat ley nak buat entry pnjang2 ary nie..urmm....esok ar..nk beleber,,,huk2....ary ni saya tinnglkn anda sme ngn vdo ni...en amir...warga myanmar..ahaks


Monday, February 7, 2011

8/2/2011-macam biase

Assalamualaikum....hurmmm..hari ini...tak ade ape2 yang menarik....semenye berjalan seperti biasa..cuma...hari ini bersemangat jerh...aku nak pergi kerje..husss..walaupun mase nak bangun tadi rase malas jew...tapi bila da mandy seme rase semangat tu membara..

hari ini best...sebab aku mulai rase ada kemesraan dengan pekerje2 kat kilang....semangat jerh aku nak buat kerje....hhihiihk

hari nie...aku cuma nak korang tengak vdo kelakar-lakar nie....


Sunday, February 6, 2011

Saturday, February 5, 2011

5/2/2010....family day


Assalamualaikum....husss....thanz seme yang sudi membaca entry di blog aku yang tak seberapa nie..rasa macam dihargai jerh,...huhuhu....trimas jugak kat elya,,,,kerana sudi komen,.,,hakhak....hari ini....bangun pagi2...lpas mandy n breakfast...layan anak sepupu...Adama...best men ngan dyer..macam ada bakat jer jadi ayah aku nie..hak3...jx aci marh ea....sebelum tu....meh sini jap...nak bisik ea...ermmm lau awak baca ape2 entry kat blog saya nie..jangan lar citer kat orang lak...malu la saya..hahahak...rahsia kita berdua jer ea..janji ow....hahahahkkk...

okey la...selepas my cousin,k.imi ngan her husband,abg li dan anaknya...pulang ke kerteh....aku pown bersiap2 untuk ker bandar marang...yela..ary ni..
my family nak adakn..family day...bbq bersama keluarga..coz esok..my brother da balik JB,my younger brother,,,balik kem PLKN kt cherating n my sister...blik tok jembal...UMT...seme da pgi belajar...so malam nie....buat la bb sikit...esok pown...aku da start semula...kerja!!aduyai..malas ase nak gi kerje esok...hussss...Aku ke bandar marang untuk membeli barang nak buat BBQ la...hary nie aku sponser!!tak pe la..sekali sekala kan!!..
nie antara anak sepupu ku yang comel2...

pelik jugak aku...banyak jugak aku beli barang...tapi ade ke patut kak cashier tu tak bagi beg plastik...aku terpinga2...dia buat do know jerh...rase nak gigit jer kak tu...nasib bek kak tu cun jugak..huhu...so aku tanya la kak tu"kak,,tak de beg plastik ker...nak bawak guane nie...barang banyak nie kak..IOI..."dik,,ary ni kan ary sabtu...so no beg plastik ary nie yer,,,lau nak beg plastik kene bayar''''aku menjwab"bayar pown bayar la kak oii....berapa ringgit kat"20$ dik..."ow...20$...igatkan 200k tadi...huhuhu..aku pown berlalu..hahahhaakk..

hus...ramai betol...kereta ari nie..ye la kan....orang nak balik KL semula...da abis cuti....tapi yang aku geram nya...kereta langsung tak bagi peluang untuk aku masuk ke dalam barisan panjang...husss...tak ade timbang rasa langsung rakyat malaysia...asyik nak cepat jer...tak pikir langsung perasaan orang len...huss

petang nie...ayah aku mintak tolong...pergi kubur...nak letak kepok@kerek...kat kubur my grandpa....so aku pown pergilah...tiba2...alamak...my fathers cow terlepas!!!aduyai...macam mane nie...so terpaksalah aku cari my cow...sekeliling kampung...habis segenap..penjuru kampung aku mencari...akhirnya...64lah my cow bersama kawanan lembu len...hisshhh...tak guna punyer lembu...ade ker dyer ikut kawanan lembu len....patutla orang kata...bodoh macam lembu...aduyai!!!degil!!!cubitkan...

huss....malam nie...masa yang dinanti2kan...BBQ time...seme family berkumpul...bakar ayam dan daging burger...masing2 cerita...pengalaman masing2 kat tempat belajar dan kerje...ada yang kelakar....seram...sedih...huhuhu..hepy rase...bukan senang nak dapat time macam nie...so sweet..huhuhu...kadang2 rasa bangga lak...dapat family yang bahagia macam nie..biarlah tak sesenang mane...yang penting bahagia...tu tak dapat dibeli dengan wang ringgit...lau hidup mewah pown...tapi tak bahagia buat ape kan...so bersyukurlah dengan apa yang ada...dan yang penting hargai apa yang kita ade sebelum kita kehilangannya...

end of the story...about baby...huhuhu...dia baru balik dari johor...gi kenduri kawin....tapi dia excited..macam dia yang nak kawin..huhuhu......no digi da to4 ea...buat susah jer...lpas ni b plak yang to4 ea.,,owtey,,take care,,,luv u...oww...lupa...sory coz silap tulis name kat entry yang sebelum nie...sory..huhu

salam...nytez..jumpe esok..

Friday, February 4, 2011

CNY is around the corner and I cannot imagine the people flood in all malls. But what do you know? WIth @Jipaban, I can be comfy at home & shop till I drop too!

CNY is around the corner and I cannot imagine the people flood in all malls. But what do you know? WIth @Jipaban, I can be comfy at home & shop till I drop too!

4/2/2011...Al-kuliyyah

Assalamualaikum...ary nie...lmbat sikit update blog...ade game futsal tdi..men dgn sek2 kampung...best2...seronok....koz da lme da tak rase saat begini...huhuhu....akhirnya!!

Sebenarnya...aku sedang mlaksanakan satu misi nie...iaitu tak mahu minum ais..da seminggu da aku tak minum ais..maknenye lau orang ganu..tak mo ada 'peng' belakang...contohnya tea o peng,milo peng...kerana seme itu tidak bek untuk kesihatan...ye la...mase muda2 nie kena jaga kesihatan..kerana orang cakap....lebih baik mencegah daripada merawat..kan..urmmm...ye la...walaupun kita kaya raya...namun ade banyak penyakit..orang kata tak de live.....satu lagi..nak rawat penyakit ni...kene guna kos yang banyak...membazir je kan..so mulakan hari ini...

aktiviti hari nie...tak der aktiviti...dup umah je sepanjang hari....tapi hari ini hari jumaat....best khutbah hari ini...penuh bersemangat...tak ngantuk lansung...kshuk je dgr...mcm nie r bru khutbah..hehehe...antara pengisian khutbah ary ini ialah menceritakan tentang keperibadian Rasulullah S.A.W sempena maulidur rasul tidak lama lagi...wauu..begitu hebat keperibadian Rasulullah yang patut dijadikan idola..bukannya golongan artis atau ahli sukan...

hari ini penuh dengan aktiviti keagamaan,,pagi tadi dengar kuliah Jumaat oleh Tuan guru haji Hadi secara On9...yela zaman IT kan sekarang...TuanGuru menghuraikan tentang kepentingan syariat Islam dijadikan panduan dalam kehidupan seharian...manakala kuliah magrib disurau tadi disampaikan oleh ustaz Wan Mazli..yang menghuraikan tentang masalah dalam perkahwinan....banyak betol ilmu yang dapat hari ini...best sangat...

Hari nie..mesej ngan elya...sampai pkul 2.30 pagi...huhuh...hepy btol hari nie...elya..take care ea..kat Johor tu...hhuhu...kim salam kat mama n papa ea...lub u...muaxhh...huhuhu

Salam...gud nytez


Thursday, February 3, 2011

3/2/2011...tahun baru cina

Assalamualaikum...hari nie...hari cuti...Tahun baru cina!!Sebelum terlambat aku ingin mngucapakan selamat tahun baru cina kepada semua yang bebangsa cina...tak lupa kepada my friend Ng Swee Peng....happy new year....balik ipoh tak tahun nie?jangan lupa aku punya angpow..hahahaa...

Tahun baru cina...ape yang menarik ea....oww..lupe...hary nie cuti!!!huahuahauah...best2...ary nie dapat bersama family...semua ada...borther...sister....younger brother...younger sister...huahuahauha..best2....

Bangsa cina merupakan bangsa kedua terbesar dinegara kita...tapi aku pelik...kenapa kita selalu dimomokan bahawa bangsa cina tu jahat??tak boleh berkawan dengan bangsa cina??bagi aku lah...bangsa cina adalah bangsa yang hebat...lihatlah diserata pelusuk dunia...mereka menguasai eknomi dikawasan mereka...kita tak perlu membenci mereka..tapi berkawan dan belajar dari mereka...rahsia kejayaan mereka...bahkan ada teori yang mengatakan bahawa kedatangan Islam adalah dari Tanah besar Cina....dan umat Islam di China adalah antara yang teramai didunia!!!

Petang nie..hurm..bosan...semua orang tak de...tak pelah...aku nak berehat jer kat uma...tak mahu kuar...My mum..my dad..and my sisters...pergi ke majlis kenduri kesyukuran...my brother...gi jalan2...n my youngers brother use my bike...kuor jalan2...aduyai!!

Tunggu mesej dari Elya...hurmmm...sorry...abg tertitow!!

salam.......


Wednesday, February 2, 2011

2/2/2011

Assalamualaikum.....huhuhu...seperti biasa...hary2 kene bangun awal...tapi ari ni paling awal...pukul 4.00 pagi!!!buat ape bangun awal sangat ea?hahak..sebab kene siapkan report yang telah ditugaskan oleh en yusri bahagian quality control di syarikat aku....nak buat macam mane...sebab dah lame dia mintak kerje tu...asyik postpone jer...tak pe la...siapkan je la...asigment tu baru jer malam tadi buat...tapi malam tadi ngantuk sangat...maklumlah...banyak sangat xtiviti semalam,,,,,,terpaksalah bangun awal pagi untuk siapkannya...aduyai!!

Pukul 7.30 pagi...pergi rumah Bad...ade ker patut salah rumah!!huhuhu...sebab warna kereta yang ada depan rumah tu same dengan kereta depan rumah bad....warna hitam...cuma yang tu Myvi yang satu lagi viva..Malu!!!!

Hary nie...sampai awal la plak..huhu..eh..mane Iskandar nie...dah dekat pukul 8 nie....tak kan tak datang lagi kot!!rumah dekat jer..aduyai!!tak pe la...biar aku tolong punchcard untuk dia(memang kami saling punchcard memanchcard antara satu sama lain..hahak..jangan bgitau kat orang ea...rahsia kita berdua jerh..hahak)...tiba2 ada mesej"salam...alim..ary nie aku MC...>Iskandar..aduyai!!macam mane nie...hurmmm...masalah besar nie!!aduyaiii!!!kenapelah Iskandar lewat sangat antar mesej!!hurmmmm..tanya Bad..sebab dia da lame kerje kat situ...Bad kata"relax...dont worry..take it easy,...small matter jerh tu"hahak...beres selalu..

Hari nie...tugasan aku adalah menjadi assitant en khairy(ayam sakit....gelaran yang bad berikan)hahak....projeknyer adalah menukar kepala Bas..hahak...best gak kerje ngan khairy nie...sebab dyer nie pattern lurus bendul sikit orangnya...walaupun umur da 28...tapi macam budax2 jeh..huhuauah

Tiba-tiba en Yusry panggil...dia nak tengok asgment yang dia beri...aku pown masuk ke pejabat dia..lepas dia check semua.."bagus asignment awak nie...nilah yang saya mahu.."aku melayang2...waaa bangganyer....hahak

hary nie juga...aku kene marah dengan seorang pekerja kat c2...salah aku gak...sebab guna mesin tak ikut prosedur...tapi tak pe lah...bise lah tu...adat belajar kan!!!..tapi aku tak kisah pown...dah biase kene marah ngan abah...mase kerje ngan diar dulu...kata orang alah bisa tegal biasa!!huahuahuahua

ada sedare datang ari nie...kakak aboh...dari johor nuh...singgah jap..tapi sory...aku tak sempat nak layan...kos letey sangat...nak rehat...

sampai disini dulu pertemuan kita buat ary nie...keep in tounch ea...esok lop!!!

Tuesday, February 1, 2011

1/2/2011

Assalamualaikum...hary nie...terus bangun awal....ye la..nak kene pergi ambil Bad lagi...urmm...pikir2...letih jugak nie...tapi tak per r...kerana kawan2...pahala besar tu...huhu
Terus pergi mandy....sembahyang subuh...dan bersiap2..tiba2...alamak!hujan lebat diluar sana..urmmm..macam maner nie...urmm...disaat itu aku terfikir...kalaulah aku ada kereta dan ada lesen..tak r kene ujan macam nie...aku mencapai baju hujan..dan terus memakainya...tiba2 mat leh datang dengan keadaan basah kuyup'''hahahaha...bakpe leh??mandi ujan?'''sial guh...dekat rumah aku dop hujan pown..tiba2 ontwy ujan..rezak goh!hahahaha...aku hanya mampu tertawa.Aku memecut laju...ke rumah Bad..sampai dirumah bad...bad menegur aku"lim...bakpe mung paka baju ujan....hujan dop lebat aner pown...kekgi mung sapa kat marang..kering garing r.."ye dop??tak per r"jawab ku ringkas...

alamak..betol jangkaan Bad...sampai jer di Kelulut(kg jiran)...langsung tak ade lopak air..bermakna disitu lansung tak ujan..sampai jer kat trafik light marang...semua mata memandang aku...mungkin mereka pelik..ape la budak nie...panas2 gini nak pakai baju ujan gok...aduyaii..malunya!!

hari ini menerima kedatangan pekerja baru, en mat nor, bekerja sama departmen ngan aku,,,terus dilantik sebagai assitance visor krana memiliki banyak pengalaman. Kata orang tua tua..ayam lama..kata orang-orang muda otai!!

Masalah hutang...ada seorang rakan sekerjaku mengadu kat aku...ada rakannya(juga rakan sekerja ku) berhutang dengannya...banyak gak la...da berbulan2 tak bayar...katanya segan dia nak mintak...urmm..susah jugak kalau bab berutang nie...kalau akula..first time..memang aku akan beri hutang kepada sesiapa...tapi jika ada rekod tak bayar hutang..len kali jangan harap!!
Hutang jugalah yang menyebabkan peniaga melayu ramai yang bangkrup...kata seorang ulama terkenal"jika seorang itu tidak membayar hutang sedangkan dia mamapu,sehingga menyebabkan seseorang tiu bangkrup,,maka berdosa besar dia kerana telah melakukan kezaliman...

hari nie...balik lewat sikit..ada game futsal...friendly dengan team kilang sebelah...team aku menang besar hari ini..yesss..

nur izaida suraya binti zaki aminuddin...lub u

sekian....bye