Pages

Powered By Blogger

Friday, August 12, 2011

13/8/2011-Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak


Assalamualaikum...hari nie adalah ari ke 13 ummat Islam di seluruh pelusuk dunia berpuasa..so aku ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua pembaca entry blog aku ni...puasa jangan tak puasa....

Bulan puasa nie...nok berkongsi skit antara point2 penting tazkirah oleh seorang ustaz yang aku dengor sempena Ramadhan Al-Mubarak nie....kata ustaz tu...Bulan Ramadhan nie...bukan sahaja kita berpuasa yakni menahan lapar dan dahaga saje...tapi menahan semua anggota badan dari melakukan maksiat kepada Allah S.W.T....contohnya mata..tidak nengok benda2 haram seperti aurat bukan mahram dan sbg...mulut..tidak mengumpat,menipu atau menfitnah,,,kaki,,,tidak pergi ke tempat2 maksiat...telinga..tidak mendengar umpatan atau lagu2 nyanyian wanita yang melalaikan...aurat...tidak didedahkan kepada bukan muhrim...so that pada bulan2 Ramadhan nie...banyak2 kan berselawat dan beribadat kepada Allah S.W.T...semoga Ramadhan taun ni...adalah Ramadhan yang terbaek...dan termantop!!amin

Wednesday, July 20, 2011

20 Julai 2011-My bufday

Assalamualaikum...ari ni adalah bfday aku...heheehe...happy bufday to me...hurmm...ape yg menarik bufday aku same dengan hari keputeraan Sultan Terengganu..so maksudnya...setiap tahun...Negeri Terengganu akan bercuti...jadi hari nie aku cutilah..yeeeyyy

Tahun lepas...aku sambut bufday kat Kuantanz with my rumah sewa frenz.....tahun nie plak antra bufday yg pling hepy..be coz..tahun nie...aku mnyambut bfday dengan my bby..elya zaki at Mesra Mall..

Kami tengok movie citer hantu...pastu gi makan kat burger king n big apple....bez la jugak..jalan2 pusing mesra mall..tapi kami masih menjaga batas2 pergaulan..InsyaAllah...

Lepas balik dari Mesra mall..terus je balik rumah kat marang...so i'm home now...



Thursday, June 16, 2011

17 Jun 2011-Bomoh dan erti kemodenan

Assalamualaikum....pagi tadi...berita mengejutkan berlaku di kg sebelah kg aku..dimana ada seorang pemuda kg yang mempunyai masalah mental telah mati terbunuh angkara bomoh.

Kejadian ini berpunca apabila pemuda yang dikatakan terkene buatan orang itu, dibawa berjumpa bomoh perempuan yang berasal dari siam..namun cara perubatan bomoh yang pelik dengan memaksa mangsa meminum bergelen-gelen air dengan menggunakan tiub getah...menyebabkan mangsa menemui ajal selepas itu...hurmm,....kesimpulannya...dizaman facebook ini masih ade yang mempercayai bomoh karut ini...namun punca utama daripada kejadian ini adalah kerana tidak mempunyai ilmu agama yang cukup...

 Islam datang ke tanah melayu beratus-ratus tahun dahulu ketika masyarakat melayu masih lagi dipengaruhi budaya dan adat yang mengarut.Adat nie sebenarnya berasal dari pengaruh hindu dan budha yang terlebih dahulu mempengaruhi kebanyakan negara diasia tenggara.Islam berjaya membawa kemodenan dan tamadun baru kepada masyarakat melayu dengan kebanyakan amalan2 yang bertentangan dengan syariat telah ditinggalkan.


 Namun begitu, selepas perjajahan barat hampir seratus tahun, dengan pelbagai dakyah, masyarakat melayu mula meninggalkan syariat Islam dan mengambil barat sebagai kiblat baru. Apabila syariat Islam ditinggalkan, maka adat dan budaya yang berakar umbi sejak sekian lame mula diamalkan kembali oleh orang melayu terutama generasi tua.

 Amalan-amalan kurafat yang diharamkan Islam seperti perbomohan, permujaan, takut kepada hantu, 'main pantai', menilik nasib, adat yang melampau dalam perkahwinan, amalan2 pelik semasa mengandung dan lain-lain lagi.

Manakala generasi muda mula menjadikan barat sebagai contoh tamadun yang moden. Tamadun yang hanya diikur dari segi pembangunan lahiriah itu telah meresap kedalam jiwa orang melayu. Wanita-wanita bertudung dianggap ketinggalan zaman dan lelaki-lelaki berkopiah dianggap mundur. Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan dianggap biasa dan moden. Wanita-wanita berpakaian seksi dan tidak menutup aurat menjadi trend.

Artis2 dipuja, dihormati, dikenali dan disayangi.Manakala ulama' dan ustaz2 dijauhkan,dihina dan dicaci. Begitulah arus dasyat yang sedang melanda masyarakat melayu sehingga jati diri dan pegangan agama kian roboh. Kesimpulannya apabila agama Islam mula ditinggalkan, maka sistem masyarakat akan menjadi rosak serosak rosaknya.

Wednesday, June 15, 2011

15 Jun 2011-Internet down

Assalamualaikum..lame dop post entry...sebab internet down..sebab ade pokok nyiur terbalik atas tiang telekom depan rumah...jadi line internet down lah...2 3 hari gok la..baru molek semula...ish3...hrmmmm....tinggal 15 hari lagi kene submit report pada 30 JUN 2011 ..stress,,tension,,,hurmm.....Alhamdulillah...report hmpir 80% siap...esok nok gi uat discussion dengan mat leh(discussion ke men PES)..hik3..

Sebelum tuh...shabas kepada Skuad Peteh kerana berjaya membawa pulang Piala Fa ke Terengganu...walaupun hampir kalah...namun semangat juang pasukan peteh hingga ke saat terakhir membuahkan hasil...tahniah kepada pasukan Terengganu..tahniah juga kepada pasukan TheRedWarrior...walaupun kaloh...tapi kaloh bermaruah...hehehe...Tahniah jugok buat Skuad Sukma Terengganu kerana berjaya menjadi Juara keseluruhan kali ke 3 berturut2..Terengganu memang nelang,,,hari ahad nie...MB mat said istihar cuti umum..sdap dos ase(walaupun takdop makna sedikit pown ke aku..haha)

Sampai disini saje untuk hari nie..sebab tak dop mende nak tulis doh...hari nie tulis full Terengganu Language..sebab Terengganu juara piala fa ekpown...sape dop pahang ow..panda2 ar translate kat google translate..hahahaha...oke..sebelum tuh..jom uat magic...tekan CTRL+W>>bye...






Sunday, June 5, 2011

Special Entry 2..

JPAM: Sedia, Pantas, Berintergriti........


Aku juga merupakan seorang ahli sukerelawan pertahanan awam, no badan ***..huhuhu...penyertaan aku sebagai sukerelawan pertahanan awam bermula apabila disarankan oleh seorang pengsyarah kerana katanya berkhidmat sebagai anggota JPAM..banyak faedahnya,Jadi tampa berfikir panjang aku pown terus menyertainya kerana aku ni jenis yang suka buat kerja sukerela nie..hahahaha..


Antara faedah yang boleh diperolehi melalui aktiviti JPAM ialah:

  • Belajar bagaimana cara menyelamat di air dan cara-cara menyelam (SCUBA)
  • Peluang mendapat sijil-sijil kemahiran dan kursus yang dihadiri
  • Dapat belajar berhubung melalui Radio Set (Komunikasi)
  • Mendapat pengetahuan cara untuk menguruskan bencana
  • Belajar bagaimana cara pengendalian peralatan operasi
  • Belajar tatacara berpakaian seragam
  • Dapat belajar seni mempertahankan diri
  • Dapat belajar membaca peta dan kompas
  • Dapat belajar Asas Pertolongan Cemas
  • Dapat belajar bagaimana hendak melakukan Ascending dan Discending
  • Belajar bagaimana hendak melakukan Breathing Apparatus (BA SET)
  • Mendapat pengetahuan mengenai ikhtiar hidup
  • Dapat belajar asas kebombaan
  • Dapat belajar asas menyelamat
  • Dapat ilmu pengetahuan harian seperti medik dalam menghadapi situasi kemalangan yang berlaku,

Banyak betol faedahnya,,,dan yang paling penting semuanya adalah percuma...malah siap dapat elaun lagi tuhh...huhu..malah setiap anggota sukerela pertahanan awam juga mendapat keistimewaan seperti :


  • Mendapat rawatan percuma di Hospital Kerajaan
  • Mendapat elaun berkhidmat
  • Mendapat Uniform percuma
  • Menerima bounti (Saguhati) tahunan
  • Pegawai dan anggota dapat berkhidmat di seluruh Malaysia kerana Pejabat/Cawangan
    Pertahanan Awam terdapat di seluruh Malaysia..

Itulah antara keuntungan yang diperolehi.Kepuasan akan dapat kita rasai andainya kita berjaya menolong orang ramai yang berada dalam kesusahan seperti banjir, bencana alam, kemalangan, lemas dan sesat di hutan.


Ini antara pic2 semasa menyertai kursus asas anggota JPAM di Kuala Terengganu..



Special Entry 1...My hobby

My Hobi: ARC(alternative riding club)

Seme orang ada hobi masing-masing untuk mengisi masa lapang dan aku juga tidak terkecuali.Bagi mengisi masa lapang, aku telah menyertai sebuah club bermotosikal iaitu Altenatif Riding Club.Club ini bertujuan mengumpul anak-anak muda seluruh negara yang berminat untuk menunggang motosikal.Selain itu, Kelab ARC juga bertujuan untuk membina minda kelas pertama dikalangan remaja-remaja bermotosikal.Malah club ini juga bertujuan untuk menghimpun ahli-ahli kelab ARC seramai 15,000 orang seluruh negara dengan tema “Kami memandu untuk kebajikan”. Melatih ahli kelab ARC teknik pemanduan berhemah serta membina nilai-nilai murni dalam usaha membendung kegiatan yang tidak sihat juga merupakan objektif utama ahli kelab ini.

Dengan menggunakan moto "we ride for charity", kelab ARC telah memberikan banyak manfaat kepada ahlinya.Antara manfaat yang diperolehi sebagai ahli ARC ialah dapat menyertai klinik program pemanduan berhemah ,teknik-teknik berkonvoi dan juga dapat belajar mengenai teknik-teknik penjagaan motosikal. Kelab ini juga, banyak menganjurkan aktiviti berkonvoi ke negeri-negeri terpilih malah kelab ini menjadikan program road to sepang sempena Grand Prix Dunia setiap tahun sebagai program wajib.Malah.kelab ini juga menganjurkan jambori ataupun campride yang diisi pelbagai acara sukan bermotor dan diisi dengan program-program tarbiyyah.

Bagaimana untuk menjadi ahli??Untuk mendaftar sebagai ahli ARC..bolehlah berhubung dengan pengerusi ARC negeri masing2..bagi peserta dari terengganu bolehlah menghubungi Saudara Ridwan(wan)

Untuk keterangan lanjut sila layari web rasmi kelab ARC iaitu http://www.alternativeridingclub.com/

Antara gambar saya bersama kelab arc..






Friday, June 3, 2011

4 Jun 2011-History

Assalamualaikum....Hari ini merupakan birthday bolg aku yang baru memasuki usia setahun(ye ker tidok,,aku pun tidok tahu)..tapi ape pown..aku nak citer pasal Entry aku yang mule2 sejak hampir setahun aku memasuki alam blog nie....kerana entry nie adalah entry yang banyak menceritakan kenangan aku mase dulu2....

Entry 1(dipostkan pada tahun 2010)

Kisah rumah sewaku


Banyak orang banyak ragam..itulah peribahasa yang paling tepat yng boleh aku gambarkan tentang gelagat dan ragam awok2 rumah sewa.........tpi gelagat dan ragam merekalh yg membuatkn kmi sentiasa ketawa...hahhaqa

Apih...my Best friend...seorang yng bersemangat...slalu bersemangat jika mhu melakukn sesuatu...lau dyer kata dyer nk kan sesuatu...confirm dyer psti akn mndptkn nyer..dyer nie mmg sush nk ikut kpla orang len...tpi bguslah skurg-krang nya dyer x trpengaruh dgan orang lain..pemniat setia MC dn MU..dan seorang play maker futsal terbaek....per2 pown dyer mmg sorang shbt terbaek!!!!

Aizi....gaya seorang pemimpin..slalu mmberikn pndpat yang bernas tpi kdang2 entah per2...dyer nie mmg x mdh marah..dn mmg sush nk marah...tpi dyer nie kdg cyes kdang2 x cyes...tpi yg ak nk marh sgt tu time orng cyes bleh ker dyer buat lwk...time orng gurau dyer cyes pulak..tpi aizi mmg trbaek r...!!!!

mat leh....seorang yng low profile...mamat nie ak sdh kenal sejak darjah satu lagi..ph2 naik sklh menengah,dan skrang kat psmza..amik koz yg same dan rmh sewa yg sme...ish2 dh mmg takdir...dyer nie mmg sorng yng hot temper cket..tpi dyer ok..seorang defence bg team futsal kmi dan yg penting dyer peminat setia Totteham...

Pik ann...nie pown mmg best fren ak...sjk dri skul mngah lagi...dn kt skul teknik dup kt dorm yg sme...slalu bertengkar...tapi tak pernh bermusuh..orng kte xbergurau x mesra...tpi dyer nie mmg kers kepala cket sush sngat nk ikut pndapat orang.....pemint setia chelsea..dn pnyerang terbaek team futsal kami...(al-fatihah kepada Allahyarham Tuan Mohd Shafik yg kmbali ke rahmatullah pada 16/2/2011~kenangan bersamamu tak kan dilupakan)

Emi...nmpk cyes..tpi mmg seorang yg gler2..seorang yg agk pelupa sme mcm ak..hahah...tpi dyer nie mmg bleh diharap..dn seorng yang bleh mmberi pndapt yng baek...mmpunyai kelebihn dalam Bidang IT dn dyerlah yg mmprknalkan kpda kami FB,Friendster, dll...

Syafik....seorang yg sgt2 berahsia...sker pendamkn perasaan yg kdang2 mmbuat kami rsah dan keliru...'mkan dalam; kater orang..tpi dyer nie boleh dibawa bergurau...bselah ank lelaki sulung dlm adik bradik..punya tanggungjawab yg besar..tpi yg pling ak suker pada dyer ialah seoarng yg sngt bertanggngjawab.

Dauh...orang baru dlm rumah kmi...dyer nie mmg enth ape2...my clsmate mse teknik dlu.Dyer nie mmg sush nk cyes..ckp slalu bergrau jew...ish2 dn mmg xsuka marah.t\Tpi lau dyes mmbri pndapt mesti pndapat itu bernas dan matang...hobby dyer nie mmg suker br organisasi..dyerlh yg knlkn aku dgn ARC.mmg orng yang kuat bersukan..jaguh bdminton,marathon dn futsal..xpadan dengan tuan(bertubuh kecil)...dan satu lagi dauh mmg seorang pencipta wanita..setiap hari rabu jam dua ptang ialah time for date(tpi..jga2...dyer xprnah cyes dgn prhubungan nya.huh!!!!!!!!!!

parid...seorang yg tak banyak bercakap...matang dan xsuka marah..also kwan sejak dri skul rendah tpi xprnah sme klas..dn brkawan rpat..ygn aku igt dyer nie mse skul rndah pernh menewaskn ak dlm pertnding tae kwan do perngkt neger ktika perlawanan akhir...is

chain...bkn penghuni rumah sewa ak..tpi slalu datng..koz rmh dyer dakt dungun jew..seorang shbt yg boleh diharap dn slalu mmberikn pertolongan...dyer nie mmg serba boleh..ader kereta dan motorsikal...seorang yng berpndangan jauh..dan matang mmbuat keputsn..tpi dyer nie agk 'leper cket'...tpi per pown chain yang terbaek(chong jer ni...haha)!!!

apihkecek...jga bkn penghuni rmh sewa..tpi dyer salalu ader di setiap event yng rmh sewa kmi baut spt road to sakayu,g mesra mall,bbq d pntai dan mcam2 lagi.seorng yang bersemangat..dan slalu datng kat umh sewa utk stdy..best student...smg sucess dlm pelajaran..seorang yng boleh diharap...dn xsuke main2...

Per pown..ak harp pershabatn ini akn kkl buat selamanya.....dn semga korang berjaya dlm idup...termantop!!!!!!!!



p/s:entry ni mempunyai makna yang cukup mendalam kepada aku kerana ianya membabitkan arwah pik ang...



Entry 2(dipostkan juga pada 2010..tapi da tak egt bile tarikh...)


LAGENDA BUDAK BAIK....HUHUHu



Bile aku tengok citer Lagenda budak Setan...aku terus terbayang kisah percintaan ku masa skul2 dulu(walaupun aku bukan budak setan)...orang kata cinta monyet..tapi bagi aku cinta monyet nie kadang2 membawa erti yang besar dalam kehidupan kite ..why aku kata macam tu...coz my kazen pown kawen dengan kekasih dyer yangg dyer kenal sejak form 2 agi tau..

Pengenalan

Kisah nie special cikit...coz nie baru aku citer kat orang...kenape aku cter erk...sje nak luahkan perasaan yang terpendam sejak sekian lame...orang kate lau disimpan lame2 6t meletup..
Kisah nyer bermula apbila aku menjejakan kaki kesebuah skul menengah...sejak hari pertama aku masuk disitu aku sudah terpikat dengan seorang gadis yg bernama suria(bukan name sebenar)huhuhu....mungkin kerana kepetahannya bercakap...kemesraannya....dan mgkin kcntiknnya(tak penting sebenarnya) membuatkan hatyku menyimpan perasaan kepadanya...namun seminggu berlalu...aku masih sukar menghulurkan salam perkenalan kepadanya walaupun dyer cuma dup dimeja belakang aku.jer..sehinggalah terjadi satu peristiwa lucu yang melibatkan kami berdua (maaf..tak boleh cter)..sejak dari peristiwa itu, kemesraanku dengan suria mula terjalin..hary semakin hary kami semakin mesra...namun sebagai kawan je la...kerana dyer ada memberitahuku bahawa dyer meminati rakan sekelas ku yang bernama Iskandar..Iskndar juga membalas cintanya sehigga terjalinlah hubungan cinta diantara dua haty ini..mungkin kerana iskandar tu lebih bijak dan mungkin juga iskndar tu ada ciri2 sebagai temanya...namun aku tak kisah....aku pown mengangapnya sebagai kawan jew...dan Iskandar juga adalah rakan bek ku..

Peluang


3 bulan kemudian....Iskandar dan 2 lagi kawan aku telah mendapat tawaran masuk ker sekolah berasrama penuh yang baru dibuka...maka terputuslah hubungan cintnya dengan suria...apa lagi peluang itu kuambil utk menjalinkan hubungan yang lebih serius dengan suria...bukan maksudku untuk merampas...just untuk mengisi kekosongan haty...hary demi hary hubungan kami semakin mesra...kami mula mengenali antara satu sama lain...megenali haty budi dan perihal keluarga masing2...namun tak pernah kuluahkan perasaan kepadanya..kerana takut cintaku ditolak dan hubungan persahabatan ku terputus...

Hari jadi

Sehinggalah pada suatu hary....ketika sambutan hary jadinya yang ke-15(maknenyer kami masa tu form 3 dan bermakna sudah 3 tahun menjalinkan hubungan persahabatan)..masih ku engat lagi...dengan duit belanja skul yang aku ada..aku membeli hadiah sebuah jam tangan(ciap suruh pekerja kedai tu bungkus lagi)...tapi mugkin kerana malu...aku hanya meletakkan hadiah itu dibwah mja suria(mase tu tak ader orang dalam kelas sebab mase rehat)...dan aku tulis kat hadiah tu..."jika terima saya sebagai kekasih awak...terima hadiah ni...jka tidak letak balik bawah hadiah ni bawah meja saya"..dan aku juga engatkan dyer..jangan bagitau orang...Keesokan harynya aku pergi cek bawah mejaku...nampaknya hadiah aku tidak dipulangkan...dan bermakna dyer menerima cintaku..Masuk jer dalam kelas...Suria tersenyum kepadaku...dan mengucapkan terima kasih...hehehe..happynya haty ini saat itu....hanya tuhan saje yang tahu..selepas pada hary tu..hubungan kami semakin mesra sehingga menimbulkan gosip2 dalam kalangan kawanku...

Saat perpisahan

Selepas mendapat keputusan peperiksaan PMR yang agak cemerlang..7A1B...Aku ditawarkan untuk belajar disebuah sekolah didaerah yang agak jauh dari kampungku...di Daerah Dungun.Aku pada mulanya tidak mahu menyambung pelajaran ke sekolah itu...namun atas desakan keluarga..akhirnya aku terpaksa pergi dengan hati yang berat...pemergianku bermakna aku terpaksa berpisah dengan suria...satu perpisahan yang sangat menyakitkn..........................masih ku engat lagi..ketika saat terakhir ketika aku ingin meninggalkan suria...aku tenung wajahnya..aku renung matanya...aku melihat ada wajah kesedihan yang amat sangat diwajah suria...hatyku terubat apabila suria menghadiahkan kepadaku sebentuk cincin sebagai janjinya kepadaku untuk terus setia kepadaku..

Terputus hubungan

Oleh kerana pada masa itu aku masih tiada nset(handphone)kerana masih bersekolah(bukan macam student zaman sekarang)..begitu juga dengan suria..juga tidak mempunyai nset...menyebabkan kami loss cantact(terputus hubungan)...aku telah cuba sedaya upaya mendapatkan nombor telefonnya dari kawan2ku..namun usahaku menemui jalan buntu...namun aku percaya..Suria masih setia kepadaku...dan aku juga setia kepadanya sehingga tidak pernah cuba untuk mencari kekasih lain(siapa kata lelaki tak setia)..sehinggalah pada suatu hari...skul aku akan mengadakan kem persediaan SPM yang melibatkan sekolah di seluruh negeri...aku juga terpilih menyertainya..tapi yang paling mengembirakan aku...pelajar2 dari skul lamaku juga akan menyertainya...dan bermakna aku akan menemui semula suria yang telah terputus hebungan selama hampir 2tahun...namun ku sangka panas hingga ke petang...rupa2nya hujan ditengah hari...suria tidak datang ke kem tersebut..hatiku hancur!!!

Sinar

Namun begitu,,,,aku telah berjaya mendapatkan no handfon Suria dari kawan karibnyer juga kawan bekku iaitu fatinah..aku masih engat lagi....ketika aku call dyer buat pertama kali...betapa terujanya aku mendengar suaranya....kami berbual mesra...dan aku dapat merasakan bahawa kasihku kembali terpaut....namun awan kelabu sekali lagi datang...entah kenapa pada suatu hari..Suria tidak menjawab telefon..tidak membalas mesejku....namun aku tidak berputus asa...aku terus cuba call dyer...namun usahaku menemui jalan buntu...

Hatiku hancur

Setahun selepas itu....tiba2...aku terjumpa account Facebook Suria....aku add account dyer...namun tidak pula dyer approve,,,,,sehinggalah pada suatu hari...aku melihat pada statusnya tertulis"In relationship with Iskandar"...betapa musnahnya hatyku disaat itu...Fatinah memberitahuku bahawa Iskandr kembali menjalinkan hubungan dengan Suria apabila Iskandar dibuang dari sekolah asrama penuh...dan kembali kesekolah lamaku...namun aku pasrah..dan berharap dyer bahagia dengan Iskandar...Setelah 3 tahun berlalu...Suria Azmieza sudah tidak lagi wujud dalam kamus hidupku..

P/S..hahahahaha3....sedih tak citer yang aku reka nie...sekarang baru aku tahu betapa susahnya nak buat novel cinta...hahahaha...cerita nie adalah rekaan semata2...dan tidak ada kene mengena dengan yang masih hidup..atau yag telah meninggal dunia...sekian..hahaa..weeee



P/s:entry nie adalah sebuah cerpen entah ape2 yang dikarang sendiri oleh aku...cerita yang tidak ade kene mengena dengan hidup dan mati..



entry 3


Hatiku terjatuh lagi...


Urmmm..kali ke3....terjatuh lagi...kali.. pertama gagal tapi hubungan masih baik...kali kedua gagal tapi terus bergaduh dan betegur sape...sedih2...dan yang kali ketiga2 harap2 berkekalan sehingga keakhir hayat...sebenarnya selepas clash kli kedua ari tu...rase dah malas dah nak bercouple2 nie..ye la..rase macam mmbazir jer...kredit..masa dan segala2nya...


Tapi entah mengapa..tiba2 rase macam nak bercouple balik..selepas berjumpe dengan seorang gadis bernama Su.......Tapi aku dengan dyer macam ada satu halangan yang sangat besar..Sebenarnya pada mulanya...aku tak serius pown...nak berhubungan dengan dyer...ye la...rase macam malas jew..nak couple2 nie...tau2 kan perangai perempuan..rase macam tak leh nak bagi kamitmen je...


Tapi lau aku tengok kawan2 seangkatan dengan aku kan...senang jer..bile rase nak ada hubungan dengan perempuan tu..ejas2..pahtu dapat dan bila dah bosan tinggalkan perempuan tu begitu jew....tapi aku bukan jenis macam tu..tak suka mainkan perasaan orang nie...walaupun orang mainkan perasaan kita..tapi kadang2 ada jugak perempuan yag suka mainkan perasaan lelaki..perempuan seperti inilah yang tidak akan dimaafkan sampai bila2..Kenapa??.Sebab kawan aku telah mengalaminya...habis berpajak bergadai,tinggal kawan,tinggal keluarga..tapi apa yang dia dapat...habuk pown tak dapat..yang dapat hanyalah penyesalan yang tak berkesudahan..


Tapi tu la erti kehidupan...pandai2 lah pilih pasangan....pilihlah yang cantik dalaman bukan cantik luaran jew...yang jaga agama...yang ada perasaan malu...dan perempuan tu mestilah yang akan dijadikan isteri bukan nak buat suka2 jew....dan satu lagi..bile dating tu..lau leh..biarlah berteman..jangan berdua2an..dan jangan sesekali membonceng motorsikal...ataupun berdua2an dalam kereta...pandai2 jaga diri..


Hayati lirik lagu nie


Boleh pandang2...

Jangan pegang2..

Duduk renggang2,,

Bertambah sayang..


Biar malu2..

Biar segan2..

Kerana malu itu,,

Perisai...orang beriman..



Kepada wanita lak...pandai2lah jaga diri...kerana lelaki sekarang nie...ramai yang tak jujur berbanding yang jujur...ramai yang melabur kerana mahukan keuntungan...jangan terpedaya dengan kekayaan dan ketampanan...kerana itulah jerat yang paling efektif yang digunakan oleh lelaki untuk mengumpan wanita yang buta hati...Apa yang penting..jaga agama..dan ingat bahawa wanita yang baik mestilah untuk lelaki yang baik...kerana lelaki adalah ketua kepada wanita itu apabila berumahtangga nanti....Kalau lelaki itu tidak baik...memang susah nak ubah dyer walaupun sebaik mana wanita itu...kadang2 wanita itu akan terpengaruh dengan kejahatan suaminya..


So...kepada remaja2 diluar sana..ingatlah..hidup ini hanya satu persinggahan sementara sahaja...tak akan kekal lama...majoriti manusia hidup hanya 60 tahun jer...tak lama pown...jadi jangan enjoy lebih2..sampai tak ingat akhirat..kerana akhirat yang kekal abadi..la nak enjoy..enjoy lah diakhirat sana...


Islam ni mudah jew....Islam tak pernah menentang naluri manusia...nak bersukan,,bersukanlah..tapi biar menutup aurat...boleh sangat2..sape kata tak boleh...tak ingat ker ratu pecut sukan asia doha...ley jew pakai tudung...lau nak bercouple pown..biarlah berkahwin dulu....tak de duit..jangan r buat besar2 sangat...sekadar termampu jer...jangan r ikutkan sangat adat melayu tu.......urmm...lebih2 pulak bagi takzkirah..hak3


Kpd sesiapa yg clash tu....jgn r trlalu emosi ngat...bt rilex jer...bnga bukn skuntum...kmbg bkn seekor..



p/s:entry nie agak memalukan dan menjengkelkan....tapi masih ade unsur2 pengajaran disitu..hahaha



entry 4


10 CIRI-CIRI WANITA IDAMAN LELAKI


1. Solehah

Ciri yang paling penting pada seorang wanita adalah bertakwa kepada Allah.Kerana wanita yang solehah boleh menjaga diri dan batas-batas pergaulan serta mampu mendidik anak-anak ketika menjadi isteri kelak.


2. Keanak-anakkan

Dalam batas yang wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yang melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yang menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yang membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuatkan lelaki lebih teruja.


3. Penuh Pengertian

Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang berpengertian tidak terus mengeluarkan kata-kata yang kasar atau menuduh yang bukan-bukan sebaliknya cuba memahami situasi serta cuba membantu lelaki menyelesaikan masalah.


4. Menghargai

Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.


5. Menjaga Penampilan

Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya.Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya.Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yang menyebabkan lelaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yang tidak suka isteri yang masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3??


6. Pandai Berbicara

Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yang suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dengan baik dan berfikiran terbuka.


7. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri

Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih dimata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda. Apabila berhadapan dengan suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah diajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.



8. Menghormati Diri Sendiri

Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yang baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yang dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.


9. Simpati dan prihatin

Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yg wajar dan spontan mencerminkan hati yg mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yg memancar keluar dgn indah dan mempesona.


10.Sifat Keibuan

Banyak lelaki yang terpikat pada wanita yg bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yang keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing-masing.


p/s:entry nie...ialah hsil rekaan aku sendiri..berdasarkan pengalaman aku...hahaa..entry nie ialah pasal wanita idaman llki dn jga idmn aku...muahaahhaahhah


okey lah....smpai disini dulu untuk hari ini.....boleh tuju lagu??


Thursday, June 2, 2011

2/6/2011-Tribute

Assalamualaikum...salam semangat...huss...tinggal lebih kurang 1 bulan lebih lagi countdown untuk aku dan kami kembali mengadap buku.....kembali menempuh alam perpolian(kosa kata baru,,hik2)..setelah hampir 5 bulan berpraktikal dicampur dengan 2 bulan bercuti...hal ini bermakna aku juga akan kembali menempuh alam rumah sewa..dan alam gila2 remaja selama lebih kurang 1 tahun lagi....alam ini juga akan mebawa aku dan kami kembali kepada rutin harian yang kadangkala memenatkan dan kadangkala menyeronokkan...rutin harian iaitu bangun diawal pagi, bersesak2 untuk mandi,menunggang atau membonceng motor ke PSMZA, masuk bilik kuliah,,buat asgment,balik rumah..mandi laut,,,berfb..men game...brgurau senda.berfutsal..bercerita..makan kat kedai BD...dan macam2 xtviti....
-------------------------------------------------------------------------------------
Tapi dalam keghairahan untuk kembali berjuang...namun terselit perasaan hiba dan sedih..Bak kata orang.. yang dah pergi biarkan pergi...tak usah dikenang..kita yang masih hidup ini teruskan kehidupan..tapi bagi aku...tak akan semudah itu untuk melupakan seorang sahabat yang bertahun-tahun berkongsi suka duka...gelak ketawa dan tangis hiba.Adakah mudah untuk melupakan seorang yang pernah tidur sebantal, mebonceng motor bersama,dan makan nasik bersama..tidak semudah berkata-kata.Bukan niat untuk menimbulkan kesedihan kepada keluarga dan juga sahabat yang lain....tapi hanya sebagai satu tanda kasih sayang,ingatan dan penghargaan kepada jasa dan pengorbanan Arwah yang bersama-sama aku dan kami bersusah dan berpayah dalam mengejar cita-cita menjadi seorang manusia. Aku pasti, suasana dirumah sewa nanti akan berbeza dan akan ada satu perasaan janggal, walaupun tidak akan diluahkan, tapi tersemat jauh disudut hati aku dan kami satu perasaan yang hiba...yang sukar untuk diungkapkan...Namun...harapan aku dan kami agar kami teruskan perjuangan arwah dan juga perjuangan kami..dalam mencapai cita2 menjadi manusia..Doa kami agar Allahyarham Tuan Mohd Shafik ditempatkan didalam golongan orang2 yang soleh dan beriman...AL-FATIHAH..



Wednesday, May 25, 2011

25 Mei 2011- Ingin bebas..


Assalamualaikum...huss...hari nie ada cerita baek dan satu cerita kurang baek....cerita baeknya hari ini ialah hari gemilang buat 2 pasukan bola sepak dari Terengganu Iaitu Terengganu FA dan T-team Fa kerana berjaya mencatat kemenangan untuk perlawanan masing2..Sejarah juga tercipta apabila Terengganu Fa berjaya leading super legue dan T-team berjaya menjinakkan sang kijang dikandang lawan di Kota Bharu(buat pertama kalinya kijang jinak dikandang sendiri)..hehe...citer yang kurang baek pulak ialah aboh eksiden motor mase balik dari sura tadi..jong aner dop tahu..doh la bawok mutor xdop lapu...lepah langgor bukannyer nok mitok maaf...yer gi lari pulop...nasib bek tak dop mende...luke sikit2 jer...tapi lame gok bley MC oww (walaupun kerje sndiri),,ish2..

abis kisah skuad peteh dan eksiden mutor langgor lari..nie nak citer plak pasal seorang insan yang bernama Ila(bukan nama sebenar)...kisahnyer bermula begini...Ila nie anak sulong dari 3 adik beradik...sejak dari lahir..Ila ni dijaga dengan rapi oleh ibu dan bapanya sendiri..nak pergi mane2 mesty dengan mak atau ayahnya..tak boleh pergi main2...gi sekolah dihantar dan dijemput..balik dari sekolah tak boleh keluar rumah....tak boleh tengok tv..apatah lagi nak berfb atau post entry kat blog...lau mase kecik tak per la lagi...tapi yang paling sadis...sekarang Ila sudah berumur 19 tahun ....namun pergerakanya masih lagi dikawal ketat oleh parentnya terutama ibunya(mungkin kerana terlalu sayang akan anaknya)...no handfone,,,no telivision,,no fb...no kuor rumoh...semuanya NO!!tekanan yang dialami oleh Ila menyebabkan dia nekad untuk melarikan diri dari rumah...dengan wang yang disimpan..Ila akhirnya keluar dari rumahnya tampa hala tuju...bersambung,,,,

hehehe...bersambung la plak..namun moral of the story ialah walaupun sayang akan anak2...mengongkong dan terlalu mengawal pegerakan anak2...boleh menyebabkan anak2 mereka melakukan satu tindakan diluar dugaan..tapi ape yang terbaek bagi aku ialah terapkan jati diri dan pegangan agama yang secukupnya kepada anak2...dan biarlah dia bebas bersosial bersama rakan2...namun begitu..kenali rakan2 mereka,selalu berbincang dan beri nasihat..jadikan anak2 sebagai kawan2..bukan sebagai musuh..sekian,,hehehe..jadi motivator la plak..bukannya mende...sebagai pendapat sahaja....betol ke tidok dop tahu la setarang baroh..hahahhaha...gud night...Assalamualaikum..

Sunday, May 22, 2011

22 may 2011-apabila pitih dah abis..

Assalamualaikum....apabila pitih dah abis....duit dah tak de...sen abis doh...poket dah kosong,,,beg sen dah nipis...maka terpaksa la dup umoh...dop ley gi jalan2...kenape yer...ye la...lau nok gi jalan2 mesty kene nek Ferrari 599 GTO(koyas giler)...lau nok gerak msty kene isi minyak...doh RON 97 sekarang nie RM2.90 doh seliter(orang kate lau isi ron95 kete(kereta) mudoh terbakor.)...

Minyok se hal doh...lau gi jalan2..mesty kene berenti makan...doh lau berenti makan...sekurang2nya abis dh RM10...sebab harga gula naek dos...pahtu jalan2...mesty nok gi tandas...tandas nok masuk pown kene bayor...lau nasib dop bek,,,kene saman plop...saman parking,,,saman had laju...nok bayor tol lagi...banyok2 kene bayor...

Tu hok orang paka roda 4...hok ambe yang paka roda 2 nieh...sama la jugok...tapi takyoh la bayor minyak mahal2..takyoh bayor tol...takyoh bayor parking..tapi hok len sama jer....tapi yang jadi masalohnyer,,,duit xdop skepeng nie...kekgi nok masuk poli...kene beli kasut...almari baju...seluar..baju...banyok gop ow...

so...nok cari kerje..macam terlambat dos...so??

Saturday, May 21, 2011

21 mei 2011-takziah

Assalamualaikum..hari nie..berlaku tragedi menyanyat hati apabila berlaku runtuhan tanah yg mengorbankan setakat ini 4 kematian(setakat entry ini dipostkan) anak yatim di hulu langat.Takziah diucapkan kepada ahli keluarga mangsa.Begitulah kehidupan,ajal tidak pernah kenal usia,tempat,masa dan keadaan.Apabila ajal sudah tiba,sama ada sedang tidur,menunggang motorsikal,sedang bermain atau apa saja,kita tidak boleh lari daripada suratan.

Namun begitu, apa yang perlu kita semua lakukan ialah bersedia menghadapi kematian..semoga kita semua berada dalam keampunanNya..

Tiba2 teringat pasal arwah pik ang, banyak sungguh kenangan bersamanya...semoga rohnya bersama dengan orang2 yang beriman.Al-Fatihah..

Friday, May 20, 2011

20 may 2011-Rumah SEWA

Assalamualaikum...tgal sblan lbey ag cuti sem nak abis...report tak siap2 agi..macam mane nie..hurm..problem2..da la pasal umah sewa tak settle ag...nak buat camne..diorang macam lepas tangan je..lau kire nak settle memang la senang..bayar je duit..tapi yg susahnya..diorang uat susah..alasan..tak de duit...haish..macam tak ley terima je alasan tu..memanglah tak de duit..orang len pown tak de duit gak..tapi kenape dulu tak simpan duit untuk diguna masa emegency..tu la..tahu nak joli je..haish..nak tolong,memanglah nak tolong,tapi kita nie bukannya anak datuk..nak bagi pinjam2 duit nie...dia senang je..col2..cakap takde duit..mesej suruh bank in..senyap jew..kadang2 kesian gak..tapi tu la...orang kata buat baik berpada2...kita nak tolong dia,kita pulak dah jdi org yang bersalah,bagi betis,nak peha..tu lah kehidupan.

Kadang2 lau kita nie terlalu baek,orang pulak nek atas kepala...lau tak tolongkan,macam tak de hati perut pulak..tu la orang melayu..hiss..buat baek salah,buat jahat lagi salah..aku jadi serba salah.

Tuesday, May 17, 2011

17 Mei 2011-Kenangan..

Assalamualaikum...who are you guys?...hope you all happy-happy aje menggunakan plan Digi Happy anda jawab kami bayar...hehhee...mende yang kamu mengarut nie haa...hurrmmm...memang lame...last entry 24 April 2011,,,sekarang da 17 Mei 2011...hampir sebulan da tak post entry...kenape yer??nak kata sibuk...tak la sibuk...cuma tak der mood...hurmm...hari nie..memang agak menarik sebab aku nak upload picture2 mase industrial training mase tu...ye la...kenangan terindah la katakan...opss..sebelum tu...viva Skuad Penyu..because berjaya melangkah ke saingan Final FA CUP selepas berjaya menundukkan Skuad Tok Gajah dengan agreget 5-2..dan akan bertemu dengan musuh tradisi skuad Kijang pada 11 Jun ini gud luck...tak sabar nak tengok el-clasico..hehehe

Seperti yang dijanjikan...inilah sebahagian daripada pic2 yang dapat diupload buat mase ini...layan..hehe






Nie nama dia Tengku Badtiar...heheh




pok harun dan kram..nyapu atas bas..





Nie plok aksi tdow bawah bas oleh Iskandar dan sape xthu srang agy ow






Aksi2 sumbat oleh iskandar,sayuti,mat leh dan baktiar









Meredah lautan dalam..hehehe





Mat bob marley..hehe



Pengalaman berharga..weeeee



Nie mase dinner hari ngelas...





Aksi Yusri dan bad

Monday, April 25, 2011

25 april 2011-cemburu

Assalamualaikum..huss..3 hari lagi nak menamatkan latihan industri...lepas praktikal nak buat ape erk..nk krje..krje kt ane?hurmm,xkan nk brhat je kot kt uma...xtahu ler,ada suggestion x?

Jelous..perkataan yang cukup sinonim dengan pasangan couple.,kata mereka,cemburu tu..tanda sayang..syang ke?hu3..tapi jangan sampai cemburu buta suda..nanti tak nampak..ha3..tapi cemburu nie sebenarnya..ada positif dan negatif gak...lau cemburu positif..apabila kita cemburu tentang kejayaan seseorang,kita berusaha untuk lebih berjaya daripadanya dengan persaingan yang sihat.
Tapi lau negatif plak..lau kita cemburu dengan kejayaan seseorang,kita cuba untuk menjatuhkannya dengan cara fitnah,sabotaj,dan len2 lagi..

So..lau nak jelous xpe..tapi biarlah positif..dn yg pnting xmo blind jelous ye syg..hik3..nytez

Sunday, April 24, 2011

24 april 2011-4 days to go

Assalamualaikum...huss..setelah hampir 5 bulan berpraktikal di Sumai enggineering sdn bhd..akhirnya hari khamis tamatlah sudah aku praktikal..pelbagai peristiwa suka duka yang aku lalui sepanjang praktikal disitu.
Hari selasa nie..pelajar2 praktikal dikehendaki memberikan ucapan semasa week assembly..aku berazam nak beri satu ucapan yang bermakna agar ucapan itu diingati sampai bila2..hu3..macam ucapan tokoh nobel la plak..ha3
hujung minggu pnuh dengan xtiviti..ape erk?nanti aku citer dalam entri seterusnya..sekian

Monday, April 18, 2011

18 April 2011-gawat

Assalamualaikum.,huss..smpat gak update blog guna nset je skrg..senang sikit..bile-bile mase jew bley update..guna perisian opera mini dari digi..best..cubalah..hik(prmote digi ni..arap2 digi hrgai,hak3)

Okeylh..kerana kemudahan yang kita ada nie..aku nak citer skit pasal kegawatan yang berlaku kat kilang aku..ada ura2 mengatakan bhawa kilang akan membuang pekerja tempatan dan mahu mengambil pekerja asing..kenape smpai bgitu sekali?

Selidik punya selidik maka tahulah aku bahawa syarikat sebnarnya projek kekurangn projek menyebabkan income trut krang...so untuk mengurangkan kos operasi..terpaksa mengambil pekerja asing..

Mengapa ini terjadi..selidik punya selidik..maka tahulah bahawa,kerajaan suda menghentikan pengeluaran tender kerana tiada peruntukan akibat berlakunya rasuah dan pembaziran.siapa yang teraniya..pekerja tempatan jugak..so renung2 kan..

Saturday, April 16, 2011

16/4/2011-politik dan cinta...

Assalamualaikum....ari nie tak kerja,,kenape erk???sebab ari nie cuty,,,yeah,,,lagi mau tanya ka.,,,hahhaha....so ari nie gi gunting rambut,,,ringan skit kepala rase...hahhaa

huss,,,hari nie nak citer pasal politik skit..aci tak??kira aci r ork....PRN Serawak baru saja melabuhkan tirai dengan menyaksikan BN terus menguasai Serawak dengan majoriti 2/3...namun begitu...PR berjaya menguasai 15 kerusi....dengan DAP berjaya menguasai 12 dan dan 3 PKR....ini menyaksikan bahawa penguasaan BN telah tergugat...apakah erti semua ini...hal ini bermakna BN perlu lebih memberi perhatian dan kasih sayang kepada Serawak untuk terus mengekalkan kuasa.Kekalahan di beberapa kerusi telah menyebabkan BN telah bangkit dari tidur yang lena selama ini.Itulah pentingnya pembangkang..apabila pengundi Cina telah menolak BN...maka BN terpaksa melakukan sesuatu bagi menarik semula sokongan kaum Cina....so siapa yang untung??

Begitulah cinta...apabila kita hendak memikat seseorang itu kita sanggup melakukan apa saja untuk memikat hatinya...termasuklah memberi hadiah dan juga ayat-ayat manis yang mampu mencairkan hati sidia...dan jika Sidia terus jual mahal..maka kita terpaksa lakukan pelbagai usaha untuk memikat hatinya....so??lu pikirlah sendiri

Friday, April 15, 2011

15/2/2011-Palsu...

Assalamualaikum....palsu...banyak bende yang palsu pada zaman milinium nie,,,seme nak dipalsukan....I/c Palsu,gigi palsu, rambut palsu, gambar palsu, surat palsu dan sekarang nie heboh dikatakan pasal video palsu....belum habis isu video palsu,,,tup2 keluar pulak citer telur palsu,,,aik,,telur pown ley palsu,,,nasib telur aku tak ori,,,husss

Citer pasal palsu nie...aku sebenarnya paling benci kepada JANJI PALSU....ye la...janji yang tak ditepati...nak janji sangat...tapi hampeh,,,,seme bohong,,berdolak dalik,,,macam2 alasan...susah2...lau da rasa tak dapt nak tunaikan,,,janganlah berjanji...buat susah orang jer....ish3,,,memanglah cakap tak payah bayar...lau cakap kene bayar aku rasa ko tak berani nyer nak janji yang bukan2..hhaha

Ok...tuntasnya,,yang palsu nie,,,ade yang baik,,,dan ade yang buruk...so pilihlah yang baik..

Thursday, April 14, 2011

14 april 2011-susah sangat ke?

Assalamualaikum..how r u guys,aku hari nie demam skit,coz malam semalam tak tidow,sebab tengok champion legue,hahahaha

hari nie..aku nak bertanya kat korang, apa perasaan korang, jika kita sudah tolong seseorang tu dengan sebaik mungkin dengan ikhlas tampa mengharapkan balasan, tetapi sudahlah pujian tak dapat,malah kejian yang dibalas.bukannya nak harap sangat pujian, tetapi cukuplah ucapan terima kasih sebagai perhargaan.Apa jenis manusia nie..tak tahu langsung berterima kasih..bukannya hendak mengungkit, jauh sekali mengeji..tapi sekadar meluahkan perasan yang terpendam...sekian

Monday, March 28, 2011

29/3/2011-terpaksa ponteng

Assalamualaikum...huss...ary nie,,terpaksa ponteng lagi..masuk arinie,da 3 ary aku ponteng bulan nie,,,aduyai,,,mesty kne marah kat cik Linda...da tu...nak uat camne...hujan lebat...kereta pown terpaksa berhenti kat tepi..inikan pulak aku nek kuda,,,mesti rebah kuda aku lau redah hujan yang lebat tuuh..

pelik,,,memang pelik,,,hujan yang sangat lebat pada pertengahan bulan 3....musim yang biasanya panas terik,,,tapi berlaku hujan yang lebat hingga menyebabkan banjir kilat di beberapa kawasan sekitar Kuala Terengganu,,,hujan yang lebat nie...berlaku selepas beberapa bulan penganjuran pesta maksiat JomHeboh di Kuala Terengganu...mungkin ini adalah satu peringatan dari Yang Maha Berkuasa...urmm..

tapi per2 pown...best tdow...hahha,,,sampai pkol 1 baru bangun,,,hahaha,,,,,thanz




28/3/2011-lame bebenor

Assalamualaikum...huss....lame bebenor rasenya tak update blog...hmpir sebulan kalu tak silap...banyak sangat kekangan..bz2..balik dari kerje,,,malam2,,,gi men futsal la...gi hang out ngn kawan2 la...x pown..terus tidow,,,letey bangat c...hahaha...tu la pasal...tak sempat nak update blok...fb pown kadang2 jer update....

hurmm...malas....satu perkataan yang amat mudah....hanya dua suku kata jer..tapi penyakit nie sangat berbahaya!kerana ape..kerana penyakit nie lah yang menghalang kejayaan seseorang itu...tu la bagi aku penyakit yang sangat sukar sekali untuk aku buang dalam diri aku nie..aduyai..tak tahu la nak buat camne,...

penyakitnie juga ada menjankiti beberapa orang dalam kalangan pekerja2 kat kilang...ade seorang tu,,,kerjenya hanya sembang...loau bos mari,,belakon sikit,,,pastu sembang lagi..aduyai..macam mane la kilang nak maju...lau syarikat ambik pekerja asing,,,dye kata,,apalah syarikat nie...bangsa sendiri tak tolong,,,dup tolong bangsa lain...dah nk tolong macam mane,,,gaji beribu2,,,tapi kerje tak jalan,,,bek ambik bangla,,,gaji ciput jer,,tapi kerje bers,,,hurmm,,,tu la,,,

kadang2,,aku terpikir gak.,,.aku nie praktikal jer kat c2,,,tapi kerja mengalahkan orang bekerja...habis kerja kene buat...tapi egtkan sebab nak timba pengalamankan..redha je la..bukan senang nak dapat pengalamankan..urmm...tapi lau dapat kerje c2..berbaloi gak kan...

tapi aku respect ar kat taukey kilang tu...sebab dyer seorang melayu yangh berwawasan...bukan senang seorang melayu...nak buka kilang bas,,,,huss,,,kilang buat bas tu,,,dah la kat Terengganu..banyak cabaranya tu..tabik spring r...sape kata orang melayu xley buat mancis??

Hurm..sampai disini jela ari nie....nak gi bergayut lak ngan nur izaida suraya binti zaki aminuddin..

Saturday, March 12, 2011

12/3/2011-Tsunami di Jepun..



Assalamuaikum....hurmmm...ari ini ari sabtu minggu ke dua...bermakna hari ini aku bekerja..hurmm...di luar hujan lebat...tak tahu nak gi ke tak kerja...tak sanggup rasanya nak meedah hujan...sebab tempat kerja sangat lah jauh....hurmmm..lau korang nak gi ke tak??aduyai...lau gi kan tak padan rasanya....lau tak gi kan kesian plak kat supervisor...sebab tak de orang kat kilang...aduyai!!

Hurmmm,...semalam 12/3/2011, dunia digemparkan dengan gegaran gempa bumi 8.3 sakal ritcher yang menggegarkan Jepun dan mengakibatkan kejadian Tsunami.Tsunami setinggi 7 meter yang memusnahkan bandar-bandar persisiran pantai jepun dan juga telah merosakkan dua reaktor Nuklear jepun.Setakat ini, hampir 1300 orang disahkan terkorban dalam malapetaka ini.


alahai...kejadian tsunami ini mungkin satu petanda bahawa dunia sudah berada di akhir zaman dan juga menandakan bahawa bumi kita sudah terlalu tua. Walaupun Jepun terkenal dengan teknologi rekaan manusia yang canggih namun kuasa Allah juga yang Maha Berkuasa.Tsunami yang melanda Jepun juga sebenarnya telah mencemaskan penduduk Malaysia...sebab semalam diuar-uarkan bahawa tsunami kan melanda pantai sabah dekat Kudat dan juga di perairan panatai timur.Di Terengganu sendiri,,,perasaan cemas melanda para penduduk di persisran pantai termasuk aku..apabila amaran Tsunami dikeluarkan!!!!!.Kelihatan pihak polis mengarahkan penduduk agar tidak menghampiri pantai!!.Di pantai batu burok, sekatan jalan diadakan bagi menghalang penduduk menghampiri pantai,,manakala di pantai Kelulut, kedai-kedai makan berhampiran pantai diarahkan ditutup..keadaan begitu panik!!!dikatakan Tsunami akan melanda pada jam 11 malam!!!aduyai...

Pada pukul 10 malam,bapa saudara aku,,tergesa-gesa datang ke rumah aku..katanya ramai orang da berpindah...tak mo pindah jugak ker..cuak juga aku nie..namun kecanggihan teknologi maklumat menyebabkan aku tidak mudah panik...aku sempat melayari web jabatan metrologi Malaysia,,menurut kenyataan di laman web itu, amaran Tsunami telah ditarik balik,,,keadaan sudah selamat buat sementara waktu...husssss..tak payah pindah..

itulah,,,,bala dari Tuhan sudah semakin hampir...apabila hukum Islam ditentang dan tidak diamalkan!!sama2lah kita berdoa agar dijauhkan dari malapetaka ini...Amin..

sekian...

Thursday, March 10, 2011

10/3/2011-bola sepak


Assalamualaikum...urmm....da lame tak post blog....bz ekpown...dah dua ary OT....7/10 ngn 8/10 dan semalam gi men futsal blik pkul 12.30 malam.....bselah...orang bz...nak buat camne kan..hihihk..

Okey...minggu nie nak citer pasal bola...bley..tajuk yang kebanyakan pompuan benci..ye la...bagi isteri yang ada suami minat tengok bola(men tak pandai pown..hahhaa)...selalu tergangu...dek kerana suaminya,,,menjerit malam2...nak tengok drama melayu pown tak boley...ada tu bangun pukol 3-4 pagi semata2 nak tengok team mereka men(bangun Qiamullai xper gak)....lau bagi mak2 plak...ada anak yang suka tengok bola juga boleh menyebabkan penyakit darah tinggi..sama macam kes tadi...berebut nak tengok drama ataupun punca mereka tidow mereka asyik terganggu..hahaha..nak buat macam mana dan minat...tak boleh nak halang..peminat fanatik la katakan...

Tapi...bola sepak sebenarnya banyak faedahnya...playing the game make we work together for wi the game...tengok bola kadang2 juga dapat mengeratkan silaturahim antra kita..ye la..minat pasukan sama...sembang pown pasal bola jer..hahhaha

Tapi kadang2,,,biasanya kecenderungan memilih team bola yang diminati sebenarnya boleh menilai personaliti sesorang(melalui pemerhatian dan pengalaman..hahhaha)...selalunya bagi sesiapa yang meminati manchester United(MU) ataupun Real Madrid adalah seorang yang lebih aktif,suka menonjol,belagak sikit, dan suka meninggi diri....manakala bagi yang meminati pasukan Chelsea dan Barcalona..biasanya dia adalah seorang yang agak pasif,pendiam,suka merendah diri, tidak membangga diri...dan bertanggungjawab(entah betol atau tidak...hahaha..uat bijok jer nie...)..kenape sya berkata begitu..kerana kebanyakan player dari MU dan Real Madrid lebih bersikap elitis, belagak dan suka popular...contohnya nama2 seperti Rooney,Ronaldo,Nani, dan ramai lagi...namun berlainan pula dengan player dari kelab Chelsea dan Barcalona...lebih merendah diri, dan tidak belagak...cotohnya Messi,Drogba,Lampar,Iniesta dan Xavi....hahahah...jangan marah...sakadar pendapat...

Okeyla..sampai disini saja untuk hari ini...supportlah team negara kita dan negeri kita..pe pown..tahniah kepada Barcalona kerana menewasakn Arsenal... dan tahniah kepada Malaysia keran menewaskan pakistan..hihik