Pages

Powered By Blogger

Sunday, June 5, 2011

Special Entry 1...My hobby

My Hobi: ARC(alternative riding club)

Seme orang ada hobi masing-masing untuk mengisi masa lapang dan aku juga tidak terkecuali.Bagi mengisi masa lapang, aku telah menyertai sebuah club bermotosikal iaitu Altenatif Riding Club.Club ini bertujuan mengumpul anak-anak muda seluruh negara yang berminat untuk menunggang motosikal.Selain itu, Kelab ARC juga bertujuan untuk membina minda kelas pertama dikalangan remaja-remaja bermotosikal.Malah club ini juga bertujuan untuk menghimpun ahli-ahli kelab ARC seramai 15,000 orang seluruh negara dengan tema “Kami memandu untuk kebajikan”. Melatih ahli kelab ARC teknik pemanduan berhemah serta membina nilai-nilai murni dalam usaha membendung kegiatan yang tidak sihat juga merupakan objektif utama ahli kelab ini.

Dengan menggunakan moto "we ride for charity", kelab ARC telah memberikan banyak manfaat kepada ahlinya.Antara manfaat yang diperolehi sebagai ahli ARC ialah dapat menyertai klinik program pemanduan berhemah ,teknik-teknik berkonvoi dan juga dapat belajar mengenai teknik-teknik penjagaan motosikal. Kelab ini juga, banyak menganjurkan aktiviti berkonvoi ke negeri-negeri terpilih malah kelab ini menjadikan program road to sepang sempena Grand Prix Dunia setiap tahun sebagai program wajib.Malah.kelab ini juga menganjurkan jambori ataupun campride yang diisi pelbagai acara sukan bermotor dan diisi dengan program-program tarbiyyah.

Bagaimana untuk menjadi ahli??Untuk mendaftar sebagai ahli ARC..bolehlah berhubung dengan pengerusi ARC negeri masing2..bagi peserta dari terengganu bolehlah menghubungi Saudara Ridwan(wan)

Untuk keterangan lanjut sila layari web rasmi kelab ARC iaitu http://www.alternativeridingclub.com/

Antara gambar saya bersama kelab arc..






No comments:

Post a Comment