Pages

Powered By Blogger

Thursday, June 16, 2011

17 Jun 2011-Bomoh dan erti kemodenan

Assalamualaikum....pagi tadi...berita mengejutkan berlaku di kg sebelah kg aku..dimana ada seorang pemuda kg yang mempunyai masalah mental telah mati terbunuh angkara bomoh.

Kejadian ini berpunca apabila pemuda yang dikatakan terkene buatan orang itu, dibawa berjumpa bomoh perempuan yang berasal dari siam..namun cara perubatan bomoh yang pelik dengan memaksa mangsa meminum bergelen-gelen air dengan menggunakan tiub getah...menyebabkan mangsa menemui ajal selepas itu...hurmm,....kesimpulannya...dizaman facebook ini masih ade yang mempercayai bomoh karut ini...namun punca utama daripada kejadian ini adalah kerana tidak mempunyai ilmu agama yang cukup...

 Islam datang ke tanah melayu beratus-ratus tahun dahulu ketika masyarakat melayu masih lagi dipengaruhi budaya dan adat yang mengarut.Adat nie sebenarnya berasal dari pengaruh hindu dan budha yang terlebih dahulu mempengaruhi kebanyakan negara diasia tenggara.Islam berjaya membawa kemodenan dan tamadun baru kepada masyarakat melayu dengan kebanyakan amalan2 yang bertentangan dengan syariat telah ditinggalkan.


 Namun begitu, selepas perjajahan barat hampir seratus tahun, dengan pelbagai dakyah, masyarakat melayu mula meninggalkan syariat Islam dan mengambil barat sebagai kiblat baru. Apabila syariat Islam ditinggalkan, maka adat dan budaya yang berakar umbi sejak sekian lame mula diamalkan kembali oleh orang melayu terutama generasi tua.

 Amalan-amalan kurafat yang diharamkan Islam seperti perbomohan, permujaan, takut kepada hantu, 'main pantai', menilik nasib, adat yang melampau dalam perkahwinan, amalan2 pelik semasa mengandung dan lain-lain lagi.

Manakala generasi muda mula menjadikan barat sebagai contoh tamadun yang moden. Tamadun yang hanya diikur dari segi pembangunan lahiriah itu telah meresap kedalam jiwa orang melayu. Wanita-wanita bertudung dianggap ketinggalan zaman dan lelaki-lelaki berkopiah dianggap mundur. Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan dianggap biasa dan moden. Wanita-wanita berpakaian seksi dan tidak menutup aurat menjadi trend.

Artis2 dipuja, dihormati, dikenali dan disayangi.Manakala ulama' dan ustaz2 dijauhkan,dihina dan dicaci. Begitulah arus dasyat yang sedang melanda masyarakat melayu sehingga jati diri dan pegangan agama kian roboh. Kesimpulannya apabila agama Islam mula ditinggalkan, maka sistem masyarakat akan menjadi rosak serosak rosaknya.

No comments:

Post a Comment