Pages

Powered By Blogger

Saturday, March 12, 2011

12/3/2011-Tsunami di Jepun..



Assalamuaikum....hurmmm...ari ini ari sabtu minggu ke dua...bermakna hari ini aku bekerja..hurmm...di luar hujan lebat...tak tahu nak gi ke tak kerja...tak sanggup rasanya nak meedah hujan...sebab tempat kerja sangat lah jauh....hurmmm..lau korang nak gi ke tak??aduyai...lau gi kan tak padan rasanya....lau tak gi kan kesian plak kat supervisor...sebab tak de orang kat kilang...aduyai!!

Hurmmm,...semalam 12/3/2011, dunia digemparkan dengan gegaran gempa bumi 8.3 sakal ritcher yang menggegarkan Jepun dan mengakibatkan kejadian Tsunami.Tsunami setinggi 7 meter yang memusnahkan bandar-bandar persisiran pantai jepun dan juga telah merosakkan dua reaktor Nuklear jepun.Setakat ini, hampir 1300 orang disahkan terkorban dalam malapetaka ini.


alahai...kejadian tsunami ini mungkin satu petanda bahawa dunia sudah berada di akhir zaman dan juga menandakan bahawa bumi kita sudah terlalu tua. Walaupun Jepun terkenal dengan teknologi rekaan manusia yang canggih namun kuasa Allah juga yang Maha Berkuasa.Tsunami yang melanda Jepun juga sebenarnya telah mencemaskan penduduk Malaysia...sebab semalam diuar-uarkan bahawa tsunami kan melanda pantai sabah dekat Kudat dan juga di perairan panatai timur.Di Terengganu sendiri,,,perasaan cemas melanda para penduduk di persisran pantai termasuk aku..apabila amaran Tsunami dikeluarkan!!!!!.Kelihatan pihak polis mengarahkan penduduk agar tidak menghampiri pantai!!.Di pantai batu burok, sekatan jalan diadakan bagi menghalang penduduk menghampiri pantai,,manakala di pantai Kelulut, kedai-kedai makan berhampiran pantai diarahkan ditutup..keadaan begitu panik!!!dikatakan Tsunami akan melanda pada jam 11 malam!!!aduyai...

Pada pukul 10 malam,bapa saudara aku,,tergesa-gesa datang ke rumah aku..katanya ramai orang da berpindah...tak mo pindah jugak ker..cuak juga aku nie..namun kecanggihan teknologi maklumat menyebabkan aku tidak mudah panik...aku sempat melayari web jabatan metrologi Malaysia,,menurut kenyataan di laman web itu, amaran Tsunami telah ditarik balik,,,keadaan sudah selamat buat sementara waktu...husssss..tak payah pindah..

itulah,,,,bala dari Tuhan sudah semakin hampir...apabila hukum Islam ditentang dan tidak diamalkan!!sama2lah kita berdoa agar dijauhkan dari malapetaka ini...Amin..

sekian...

No comments:

Post a Comment